Thursday, 21 June 2012

GOOGLE DI SAMAN!!!


TOKYO - Laman sosial Google sekali lagi di saman atas dakwaan melakukan kesalahan terhadap fungsi autolengkapnya yang menimbulkan unsur fitnah secara automatik dalam enjin carian nama seorang lelaki di Jepun.
Lelaki berkenaan yang tidak disiarkan namanya, menuntut Google membuang ungkapan berbaur fitnah itu dan bayaran pampasan kerana menjatuhkan air muka serta percaya kejadian itu menyebabkan dia hilang pekerjaan pada tahun lalu termasuk  mengalami kesukaran mencari pekerjaan baru.
Dalam satu tuntutan pada awal tahun, Google diarahkan mahkamah Tokyo menghentikan penyiaran ungkapan jenayah selepas nama kedua lelaki itu, tetapi gagal mematuhinya atas dakwaan ia bukan di bawah undang-undang Jepun.

No comments: