Thursday 21 June 2012

PAS + DAP HALANG PEMBINAAN SAR DI PERAK...!!


 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengingatkan pihak pembangkang terutamanya Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye supaya tidak memanipulasi isu pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Desa Aman untuk kepentingan politik sempit yang akhirnya dibimbangi akan mengeruhkan perpaduan masyarakat majmuk di negeri ini.

Katanya, isu itu tidak seharusnya diperbesar-besarkan kerana majoriti penduduk yang tinggal di kawasan itu kaum Melayu dan beliau sendiri menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ibu bapa murid yang mahu anak mereka belajar di sebuah sekolah yang lebih selesa.





BACA SETERUSNYA DI SINI



Punca kepada semua kekalutan itu adalah kerana sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Taman Desa Aman. Satu masa dulu terdapat sebuah sekolah agama rakyat yang menumpang dibahagian bawah sebuah surau papan dua tingkat. 
Lima tahun lepas surau berkenaan dirobohkan bagi dibina surau baru di tapak sama , yang lebih selesa dan mesra warga emas (setingkat), tanpa perlu memanjat tangga ke bahagian atas lagi untuk beribadah .

SAR berkenaan dipindahkan sementara (menumpang) di Dewan Orang Ramai Taman Pegoh. Setelah beberapa tahun ibu bapa dan pihak sekolah meminta agar sebuah SAR baru dan lebih selesa dibina.Hasil kerjasama penduduk sekitar dan YB Hamidah tapak telah dikenalpasti dan dibawa kepada perhatian kerajaan negeri bagi tujuan pembinaan tersebut.

Tapak untuk pembinaan sekolah tersebut adalah sebuah kawasan padang yang berkeluasan 4.0 ekar dan keluasan yang digunakan untuk pembinaan sekolah adalah 0.8 ekar sahaja. Dibina di bahagian hujung padang dan bukan di kawasan tumpuan kanak-kanak bermain.



Pembinaan tersebut telah mencetuskan bantahan oleh 27 orang penduduk sekitar. Jumlah keseluruhan penduduk pula lebih kurang 1000 orang. Daripada 27 orang penduduk yang membantah pembinaan SAR tersebut, 25 orang berbangsa cina dan 2 orang berbangsa india.

Ahli Parlimen PKR Gopeng, Lee Bon Chye yang mengetuai bantahan 27 orang penduduk tersebut. Lebih malang dan sungguh mengejutkan apabila penyelia Pas kawasan berkenaan yang juga calon yang diimport dari Kedah dan tersungkur di kaki YB Hamidah pada PRU 2008 , Radzi Zainon turut bersama-sama dengan Ahli Parlimen PKR Gopeng dan 27 orang penduduk membantah pembinaan SAR berkenaan. 

Inilah yang saya katakan diatas, demi undi Pas sanggup buat apa sahaja. Minta jauhlah dari orang-orang seperti ini dari diangkat sebagai pemimpin. Lihat contoh apa yang terjadi di Perak selama 11 bulan. Selama tempoh itu sahaja sudah ada tanah yang tergadai 999 tahun. Belum lagi dihitung benda-benda lain. Jika mereka-mereka yang dari kaum Pas ini diangkat sebagai pemimpin negara tidak mustahil kita (rakyat) boleh dilelong 3 orang  RM 10 oleh mereka. 


 

Pada hari Sabtu lepas (16.06.2012) YB Hamidah telah mengambil insiatif untuk berjumpa dengan penduduk Taman Desa Aman dan penduduk taman-taman sekitarnya bagi membincangkan isu pembinaan SAR yang diperbesar-besarkan oleh PKR dan Pas.

Ahli Parlimen Gopeng dan Penyelia Pas import untuk Dun berkenaan telah membawa sekumpulan penyokong-penyokong mereka dari kawasan lain ke majlis berkenaan atas nama rakyat hendak berdialog YB Hamidah. 

Sekilas ikan di air kita tahu jantan betina....

Mereka boleh berselindung atas nama rakyat dan atas nama dialog, tetapi YB Hamidah lebih cekap menghidu apa niat mereka yang sebenar.

Kerana ingin memberi tumpuan kepada penduduk setempat bagi membincangkan masalah yang dihadapi dan juga sebelum timbul perkara-perkara yang tidak diingini YB Hamidah membuat pengumuman meminta supaya Ahli Parlimen PKR Gopeng dan Penyelia Pas yang diimport dari Kedah agar meninggalkan majlis tersebut. Sekiranya mereka tidak meninggalkan majlis program tidak akan dimulakan.

Akhirnya dalam keadaan tersipu-sipu mereka dan penyokong-penyokong mereka dari luar yang tidak ada kena mengena dengan masalah penduduk disitu bangun meninggalkan majlis sambil melaung-laungkan reformasi. Mereka ingat mereka bijak, rupanya ada orang lain yang lebih bijak menghidu niat mereka.

Apabila apa yang dirancang tidak menjadi, mereka pusing cerita pula mengatakan YB Hamidah menghalau rakyat dari berjumpa dengannya. Nampaknya rancangan PKR dan Pas gagal. Sila cuba lagi di lain kali.....

Itu yang mampu saya jelaskan kepada anda semua disebalik tohmahan pembangkang kononnya YB Hamidah menghalau rakyat. 

SUMBER

No comments: