Thursday, 21 June 2012

CHIN PENG NAZAK.... MAT SABU SOLAT HAJAT MINTAK PANJANG UMUR...???!!!!

Chin Peng

SHAH ALAM - Chin Peng, pemimpin perang gerila yang gagal mencapai matlamatnya setelah berjuang lebih 40 tahun, sekarang sedang menghadapi saat-saat kematian di Thailand.
Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng, 90, sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Bangkok dan berita terakhir yang diterima di sini mengatakan keadaannya semakin tenat.


Dalam buku memoir peninggalannya bertajuk "My Side Of Story", Chin Peng berkata, bukunya itu bukanlah bertujuan untuk membanggakan atau meminta maaf, tetapi ini adalah jemputan untuk memahami bagaimana kepercayaan terbentuk dan bagaimana persengketaaan boleh bermula serta berjalan tanpa dapat diredakan.

Disamping itu, ia juga suatu pandangan bagaimana perdamaian dapat dicapai, katanya. Rakan seperjuangannya Rashid Maidin yang memimpin Regimen ke 10, telahpun meninggal dunia pada 31 Ogos 2006, kerana sakit tua dalam usia 89 tahun di Sisakoin, Narathiwat, Selatan Thailand (dirumah anak perempuannya).

Beberapa orang kenalan rapat dari Malaysia dan Singapura yang melawatnya baru-baru ini,  mendapati   keadaannya sangat uzur dan tidak lagi dapat mengenali penziarahnya.

Seorang dari dua pembantu yang berada di sisinya memberitahu mereka, bahawa Chin Peng  telah dikejarkan ke hospial dari rumahnya di luar kota Bangkok setelah keadaan kesihatannya semakin meruncing.

Dua pembantunya cuba untuk memberitahu kedatangan pelawat, tetapi dia kelihatan seperti antara sedar dan tidak sedar. Mereka diberitahu oleh salah seorang pembantunya, bahawa sebelum ini dia telah bercakap mengenai kematiannya.

Chin Peng dilahirkan di tingkat atas rumah kedai dua tingkat di  Kampong Koh, Sitiawan Perak, telah  menjadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sejak berusia 15 tahun. Dia dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM pada 1947 setelah Setiausaha Agung pertamanya, Lai Te menghilangkan diri dengan membawa mas dan wang $ 1 juta.(dollar).

Sumber-sumber keselamatan pernah memberithau saya, bahawa Chin Peng mempunyai wang tunai yang berbaki kepadanya dari Comintern (Komunis Antarabangsa) sebanyak RM5 juta setelah tamatnya perjuangan PKM.

Beliau memimpin perang gurila di hutan Malaya dan Thailand sejak sebelum peristiharan darurat 1948 untuk menentang penjajah British, setelah British gagal untuk menyerahkan Malaya kepada PKM.

Ketua Menteri Kerajaan Sendiri Persekutuan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, telah bersetuju  mengadakan rundingan mencari perdamaian dengan Chin Peng dan rakan-rakannya, tetapi rundingan itu yang diadakan di Baling pada 28 dan 29 Disember 1955 telah gagal, kerana PKM menolak  tawaran kerajaan supaya menyerah diri dan Parti Komunis Malaya diharamkan.

PKM memilih untuk terus berjuang dalam hutan, tetapi kelumpuhan komunisme antarabangsa yang melibatkan negara-negara komunis; Republic Rakyat Cina, Soviet Union dan Eropah Timur pada petengahan tahun 1980, telah melemahkan moral PKM dan mereka mencari jalan untuk  menamatkan perjuangan secara bermaruah.

Sebenarnya pada masa itu Pasukan Keselamatan Malaysia telah mampu untuk menghapuskan mereka, tetapi Perdana Menteri Tun Dr. Mahhtir Mohamad tidak mahu membazirkan wang negara dan bersetuju rundingan damai diadakan atas permintaan mereka sendiri.

Rundingan damai itu yang berjalan secara sulit selama lebih setahun, berakhir dengan penandatangan perjanjian damai antara tiga pihak; iaitu kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan PKM di Haadyai  pada 2 Disember 1989. 

Menurut buku memoirnya Chin Peng "My Side of Story",  perjuangannya selama lebih 40 tahun  itu telah mengorbankan antara empat hingga lima ribu anggota gurilanya dan 200 orang telah digantung, diantara mereka adalah wanita.

Katanya, dia berjuang dalam dua peperangan (menentang Jepun, menentang British dan Kerajaan Malaysia)  dan bertahun tahun hutan menjadi kediamannya.

Perundingan damai yang terakhir itu berlaku panjang dibelakang tabir selama lebih setahun antara tiga pihak dengan Polis Cawangan Khas yang diketuai oleh Ketua Pengarah Polis Cawangan Khas, Tan Sri Abdul Rahim Noor.
Tahun lepas, Timbalan Presiden PAS, siapa lagi kalau bukan Mat Sabu menggemparkan rakyat negara ini apabila beliau mengiktiraf komunis (Chin Peng n the gang) sebagai pejuang kemerdekaan dan kesatria..!!!
Baca di sini

No comments: