Friday 29 June 2012

24 'PAKAR' KAD KREDIT DARI 5 NEGARA DITAHAN

kad-kredit

NEW YORK -  Seramai24 orang ditahan menerusi tindakan bersepadu - Operation Card Shop -  membabitkan 13 negara berhubung sindiket mencuri maklumat melibatkan lebih 400,000 kad kredit.

Seramai 11 orang ditahandi Amerika Syarikat dan enam di United Kingdom, Bosnia (dua) dan masing-masing satu di Bulgaria, Norway dan Jerman.


Semua yang ditahan adalah lelaki, berumur antara 18 dan 25 tahun, dan mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 40 tahun jika disabitkan kesalahan berkaitan penipuan.

Peguam Southern District of New York, Preet Bharara dan Penolong Pengarah FBI New York, Janice K. Fedarcyk menyifatkan tindakan penguatkuasaan itu sebagai “yang terbesar” dalam mengatasi jenayah melibatkan kad kredit.

Jenayah itu melibatkan perbuatan menyalahgunakan kad-kad kredit yang hilang, mencuri akaun bank dan maklumat-maklumat peribadi yang lain.

“Tindakan bersepadu hari ini melibatkan 13 negara termasuk Amerika Syarikat, membawa kepada penahanan 24 orang termasuk penahanan domestik melibatkan 11 orang dan 13 yang lain oleh pihak berkuasa luar negara di tujuh negara,” kata mereka dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sebelas orang yang ditahan di Amerika Syarikat terdiri daripadaChristian Cangeopol, yang turut dikenali sebagai “404myth”, Mark Caparelli (Cubby), Sean Harper (Kabraxis314), Alex Hatala (kool+kake), Joshua Hicks (OxideDox), Michael Hogue (xVisceral), Mir Islam (JoshTheGod), Peter Ketchum (IwearaMAGNUM) dan Steven Hansen (“theboner1).

Dua orang bawah umur juga ditahan iaitu di Long Beach dan Sacramento, California.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) telah menjalankan siasatan dengan cara menyamar selama dua tahun melibatkan empat benua.

Operasi itu dikesan apabila ada individu menjual dan membeli maklumat palsu, termasuk urusan dalam talian yang dikenali sebagai sistem “carding”.

Mir Islam, yang dikenali dalam talian sebagai  “JoshTheGod”, didakwa memperdagangkan 50,000 nombor kad kredit yang dicuri.

Secara keseluruhan, penyiasat diberitahu lebih 400,000 akaun pembekal kad kredittelah dikompromi.

Pegawai Amerika Syarikat berkata operasiitu telah berjaya mengekangkerugian sebanyak AS$205 juta (sekitar RM600 juta).

Operasi turut tertumpu kepada penipuan atas talian diInternet yang dikenali sebagai “Carder Profit”, ditubuhkan oleh FBI pada Jun 2010 di  mana para pengguna boleh bertukar-tukar akaun dan nombor kad yang dicuri.

Penyiasat mengenalpasti yang penjenayah siber berpangkalan di Amerika Syarikat, Eropah, Asia dan Australia.

Bharara berkata, penjenayah siber bijak beroperasi di belakang tabir yang sepatutnya masih tertakluk dengan undang-undang jangka panjang.

No comments: