Saturday 10 March 2012

SAHIH..!!! ANWAR MINTA CAMPURTANGAN ASING !!!

Jawapan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung dengan tiga pucuk surat Anwar Ibrahim kepada pengurus-pengurus dana berbangsa Yahudi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa Ketua Umum PKR itu memang meminta campur tangan asing untuk mencampuri urusan politik negara Malaysia.
Nik Nazmi begitu yakin mengesahkan surat-surat itu adalah milik Anwar kerana pada tahun 2006-2007, iaitu dalam tempoh surat-surat itu dihantar, dia merupakan salah seorang pegawai khas Anwar.
Sebagai pewaris ‘diari merah’, dia tahu semua urusan surat menyurat Anwar termasuk syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi luar yang dianggotai oleh bosnya itu.
Maka jelaslah, sekiranya Anwar Ibrahim menang dalam pilihan raya, kemenangannya bukan di atas faktor kekuatan dirinya dan partinya, tetapi kerana faktor campur tangan pihak asing khususnya dalam penajaan dana.
Dalam erti kata lain, benarlah momokan yang diberi selama ini bahawa Anwar Ibrahim adalah ‘Perdana Menteri boneka asing’.
Tiga pucuk surat yang diutuskan Anwar itu, dua pucuk kepada Carl Gershman, Presiden NED (National Endowment for Democracy) dan sepucuk kepada penyangak mata wang Yahudi, George Soros, Pengerusi Soros Fund Management.
Kedua-dua tokoh yang diutus surat oleh Anwar itu berbangsa Yahudi yang sering terlibat dalam penajaan dana kepada tokoh-tokoh proksi pro-AS di seluruh dunia.
Globalist-stooge
Tony Cartalucci, seorang wartawan penyiasatan dari Land Destroyer Report yang berpangkalan di Thailand mula dapat mengesan Anwar Ibrahim alat asing kerana Ketua Umum PKR itu telah menghantar satu mesej jelas kepada dunia, iaitu BERSIH ~ 2.0.
Dengan adanya BERSIH ~ 2.0, Cartalucci dapat membuat kesimpulan apa yang dilakukan Anwar Ibrahim di Malaysia adalah sama dengan apa yang dilakukan Thaksin Shinawatra di Thailand dan Mohammed ElBaradei di Mesir.
“Anwar Ibrahim seperti bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, atau pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Mohammed ElBaradie dari Mesir, masing-masing mempunyai kaitan mendalam dengan sistem pemerintahan ‘corporatocracy‘ anasir-anasir pincang Wall Street-London yang wujud sejak beberapa tahun lalu,” katanya dalam laporan bertajuk “CIA Coup Army Uncovered in Asia
Menurut wikipedia ‘corporatocracy‘ merujuk kepada hubungan erat di antara bisnes dengan politik.
Hubungan tidak sihat ini, termasuklah usaha-usaha melobi, atau pembiayaan kempen politik, atau menyelamatkan secara ‘bailouts’ apabila syarikat dilihat akan menemui kegagalan teruk yang merupakan satu usaha yang berlawanan dengan prinsip demokrasi.
Dalam mengesan titik persamaan antara ketiga-tiga tokoh itu, Cartalucci menyimpulkan Anwar Ibrahim adalah salah seorang ‘globalist-stooge‘ yang pernah ditaja kuasa asing (globalist) di seluruh dunia.
Globalist stooge bermaksud ‘tokoh yang merelakan dirinya diperalatkan (puppet) kepada pihak globalist‘, iaitu sekumpulan tokoh yang bermatlamat merealisasikan polisi ekonomi asing di seluruh dunia demi untuk menjayakan New World Order.
Dalam konteks ini, Carl Gershman dan George Soros adalah globalist, dan Anwar Ibrahim adalah stooge.
Justifikasi globalist-stooge
Cartalucci memberi tiga ciri indikator yang membuktikan Anwar Ibrahim adalah globalist stooge.
Pertama; penglibatannya dengan Bank Dunia dan IMF, kedua; pernah diasuh di Universiti John Hopkins AS dan ketiga; terlibat dalam NED.
“Anwar dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 1998. Selain memegang beberapa jawatan lain termasuk sebagai pensyarah di School of Advanced International Studies, John Hopkins University (sebuah lubuk di mana anasir dan puppet @ petualang paling jijik dan buruk berhimpun dan diasuh), dia juga sebagai perunding kepada Bank Dunia.
“Pada 2007, Anwar menjadi ahli panel pemilih Anugerah Demokrasi (Democracy Award) National Endowment for Democracy (NED) yang berpaksikan pegangan neocon, selain menjadi ahli panel dalam satu majlis penyerahan bantuan NED.
“Tepat sekali jika dikatakan pergerakan politik pembangkang Anwar yang wujud sekarang ini di Malaysia mendapat sokongan daripada gerombolan-gerombolan petualang tersebut (globalist) yang beliau dampingi sejak sekian lama”, katanya.
Dalam artikelnya, “A foreign-funded movement for a foreign-serving agenda“, Cartalucci meletakkan bukti foto penglibatan Anwar dalam majlis penganugerahan “Democracy Award 2007” tajaan NED di Washington sebagai bukti kukuh Ketua Umum PKR itu adalah globalist-stooge .
Bukti rakaman foto itu diambil dari buletin ‘NED News and Events‘ 2007.
“Tidak menghairankan jika NED menajanya kembali untuk meraih kuasa di Malaysia… Realitinya, pemimpin BERSIH~2.0 bersekongkol dengan Anwar bersama para penaja luar dalam usaha mengeksploitasi keresahan rakyat Malaysia bagi meletakkan dirinya di persada kuasa”, katanya.
Kaitan BERSIH~2.0, NED & OSI
Dalam artikel “Globalist Sedition takes to Malaysian Streets“, Cartalucci merumuskan pengakuan Ambiga Sreevenasan dalam The Malaysian Insider pada 27 Jun 2011 bahawa BERSIH ~2.0 ditaja oleh dua badan dana yang berpangkalan di AS iaitu National Democratic Institute (NDI), salah satu cabang daripada NED dan Open Society Institute (OSI) adalah bukti kukuh yang mengaitkan campur tangan asing tersebut.
NED milik Carl Gershman, NDI milik Madeline Albright, manakala OSI pula milik George Soros. Ketiga-tiga Yahudi ini berkait rapat dengan Anwar Ibrahim.
“Dalam pada itu, Ambiga Sreevenasan yang pernah mendakwa “kami berjuang untuk pilihan raya bebas dan adil” sebelum ini, turut mengaku sekurang-kurangnya sekali bahawa NGO BERSIH menerima wang daripada kerajaan Amerika Syarikat melalui National Democratic Institute (NDI), satu komponen NED, selain daripada Open Society (OSI) yang dikuasai petualang kewangan antarabangsa, George Soros.
“Bukti pembabitan kumpulan-kumpulan tersebut terpapar pada laman web NDI sehingga lah baru-baru ini ianya telah dipadamkan.
“Perlu diingat, walaupun NED dan komponen-komponennya seperti NDI, Freedom House dan International Republican Institute (IRI) mendakwa mempromosikan “demokrasi” di arena antarabangsa, namun hakikatnya ahli-ahli lembaga pengarahnya ketara dianggotai petualang-petualang korporat, pencetus dan penjenayah perang..”,katanya.

CFR & ICG
Dalam artikel “Thailand: Globalist Stooge Returns to Power“, Cartalucci melihat penglibatan Thaksin Shinawatra dalam CFR ( Council on Foreign Relations) sebagai bukti bekas Perdana Menteri Thailand itu sebagai globalist-stooge.
Dalam konteks ini, Anwar juga adalah Visiting Diplomat CFR, New York.
Bukti penglibatan Anwar dengan CFR didedahkan sendiri oleh Ketua Umum PKR itu dalam writ samannya kepada Dr Chandra Muzaffar bertarikh pada 7 Mac 2008.
Pemahaman lanjut tentang CFR, sila klik di sini dan sini.
Dalam artikel, “Egyptian Protesters: US Stooge “ElBaradei for President“, Cartalucci mengaitkan penglibatan ElBaradei dengan ICG (International Crisis Group) indikatornya sebagai globalist-stooge.
Begitu juga pendedahannya tentang penglibatan dua orang kuat ICG, Soros dan Zbiginiew Brzezinski dalam proses pengambil alihan kerajaan Thailand.
Semua ini juga berkait rapat dengan Anwar Ibrahim.
Ketua Umum PKR itu turut dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG sekitar Jun 2006, ketika menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony’s College, Oxford, UK yang di bawah kawalan Chris Pattern, kroni Soros.
Anwar sendiri turut hadir dalam mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada, sekitar Mac 2007, yang turut bersetuju dengan konsep ‘Two State Solution’ dalam penyelesaian konflik Israel Palestin.
Konsep ‘Two State Solution’ inilah yang menjadi prinsipnya dalam wawancara dengan The Wall Street Journal baru-baru ini.
Jadi berdasarkan lima ciri yang diutarakan Cartalucci, maka sahlah Anwar Ibrahim adalah globalist-stooge, jadi tidak hairanlah dia meminta bantuan dengan Gershman dan Soros kerana NED dan OSI jugalah yang menaja ‘regime change‘ di Mesir dan Thailand.

No comments: