Saturday 10 March 2012

AWAS!!!! GULA-GULA LOLIPOP ADA BAHAN KIMIA!!!

Anda suka gula-gula lolipop? Jika tidak anda mungkin anak-anak anda dan kanak-kanak lainnya pasti teruja bila melihat gula-gula lolipop yang pelbagai warna, bentuk dan rasa.

Tapi AWAS!!! Adakah kelazatan gula-gula lopipop yang menjadi kegilaan kanak-kanak itu selamat terhadap kesihatan para pengamalnya di masa akan daang???

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya dan menjadi kegilaan kanak-kanak.

Menurut beliau, berdasarkan ujian oleh Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam, batang plastik lolipop itu mengandungi bahan seperti ftalat dan Poly Aromatic Carbon (PAH).

‘‘PAH adalah sejenis bahan kimia yang bertoksik dan hanya digunakan untuk tujuan industri seperti mencairkan cat. Ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.




No comments: