Saturday 3 March 2012

BANJIR..

36 Orang Dari Tiga Kampung Di Teluk Intan Dipindahkan Akibat Banjir


Seramai 36 orang daripada sepuluh keluarga di dipindahkan apabila tiga buah kampung di Teluk Intan dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang ketika dihubungi berkata semua mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Ayer Hitam sejak awal pagi tadi berikutan air naik sedalam 0.5 meter akibat limpahan Sungai Bidor.
Kampung terlibat ialah Kampung Ayer Hitam, Kampung Tengah dan Kampung SC.
Beliau berkata anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam turut membantu memindahkan mangsa terlibat.
Katanya seramai 200 orang daripada 76 keluarga terjejas akibat banjir semalam, bagaimanapun hanya 36 orang daripada 10 keluarga sahaja dipindahkan.
– BERNAMA

No comments: