Wednesday, 10 July 2013

PRK KUALA BESUT - RAMAI BLOGGERS UMNO 'BERANI MATI' DIPINGGIRKAN....???


Admin terbaca luahan hati blogger dinturtle  selepas membaca blog 1peluru yang katanya UMNO Terengganu pilih kasih terhadap group bloggers yang akan 'berperang' di dalam PRK Dun Kuala Besut yang secara tidak langsung telah meminggirkan blogger UMNO yang lainnya. Ikuti seterusnya....

Saya terkejut bila baca artikel 1peluru dimana didakwa telah ada 30 blogger sedia berkampung di Besut dalam berdepan perang siber sempena Prk Kuala Besut.

DAP TANGKAP MUAT GADIS MELAYU AHLI DAP ANGGOTAI MPPP



DAP bermain wayang lagi. Seorang anak gadis muda, Nur Fitriah Abdul Halim dilantik sebagai seorang Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Majlis angkat sumpah berlangsung pagi semalam. Agak janggal bagi gadis Melayu ini yang berdaftar di DAP Cawangan Taman Bukit, Bukit Mertajam ditugaskan sebagai Ahli Majlis MPPP dan bukannya di kawasannya sendiri di Majlis Perbandaran Seberang  Prai (MPSP). 

PUASA PUN BELUM, DAH MASUK HOSPITAL GARA-GARA MERCUN BUATAN SENDIRI......



Dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Baling menjadi mangsa pertama mercun buatan sendiri di Kedah dalam satu kejadian kira-kira pukul 10.30 malam semalam.

Mohd Aiman Amzar Jamsari, 13, cedera di muka dan tiga jari tangan kanan manakala rakannya Mohd Hanif Mohd Nawi, 14, pula cedera di muka.

RAMADHAN AL-MUBARAK


"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "( QS Al-Baqarah : 183 ).

1. Puasa Ramadhan hukumnya Fardu `Ain
2. Puasa Ramadhan disyari'atkan bertujuan untuk menyempurnakan ketaqwaan

KIM JIN SUNG CARI KEKASIH WANITA MALAYSIA KERANA KECANTIKAN WAJAH ASLI...???



PETALING JAYA : Pelakon dari Korea Selatan, Kim Jin Sung menyifatkan wajah wanita di Malaysia mempunyai tarikan yang tersendiri selain berhasrat untuk memiliki kekasih dari negara ini.
Jin Sung, 27, atau lebih selesa dipanggil JS, berkata, wanita Malaysia mempunyai kecantikan yang asli berbanding wanita di negaranya yang kebanyakan melakukan pembedahan plastik.
"Sebenarnya saya bukan tergolong di kalangan orang yang membuat pembedahan plastik untuk perubahan wajah seperti kebanyakan masyarakat di Korea. Saya lebih suka wajah yang asli kerana ia memberi daya tarikan yang tersendiri.
"Apabila datang ke Malaysia pada Mei lalu, saya terkejut ramai wanita di negara ini memiliki wajah yang cantik tanpa perlu mengubah muka dengan pembedahan.
"Perkara itu membuatkan saya sudah mula berkenan dengan wanita Malaysia. kalau boleh saya mahu mencari kekasih dari negara ini," katanya kepada mStar Online.

GEMPAR !!! NGERI !!! 2 LELAKI DISEMBELIH DI HULU SELANGOR..!!!


mayat
HULU SELANGOR – “Muka dia (arwah) senyum saja bila mencuba baju Melayu yang pak cik belikan, kelmarin. Dia kata, pakai baju ni selesa tapi seluar panjang sikit, katanya dia nak potong nanti,” kata Omar Puteh, 64, menceritakan keceriaan arwah anaknya, Muhamad Hafiz Omar, 29, sebelum ditemui meninggal dunia bersama rakannya, Hamsi Hashim, 48, dalam kebun kelapa sawit di Jalan Baru, di sini.

JANGAN BIARKAN AL-QURAN ITU MERINTIH.....



Jangan biarkan Quran itu merintih..
Ratahlah sementara lidah masih fasih.. 
Sedikit penambahan, Antara kelebihan membaca Al-Quran dan Surah-surah yang terkandung di dalamnya:
Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
 “Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”. (HR Muslim)