Wednesday 10 July 2013

PRK KUALA BESUT - RAMAI BLOGGERS UMNO 'BERANI MATI' DIPINGGIRKAN....???


Admin terbaca luahan hati blogger dinturtle  selepas membaca blog 1peluru yang katanya UMNO Terengganu pilih kasih terhadap group bloggers yang akan 'berperang' di dalam PRK Dun Kuala Besut yang secara tidak langsung telah meminggirkan blogger UMNO yang lainnya. Ikuti seterusnya....

Saya terkejut bila baca artikel 1peluru dimana didakwa telah ada 30 blogger sedia berkampung di Besut dalam berdepan perang siber sempena Prk Kuala Besut.

30 BLOGGERS ? Dari mana ? Dari Terengganu ke ? Terengganu ada 30 bloggers ke ?

Group mana yang telah diamanahkan oleh Umno Terengganu bagi membarisi batalion siber mereka ?

Sebelum ini ada saya bertanyakan beberapa pihak tertentu akan persiapan Umno Negeri dalam berdepan perang siber di Prk ini tapi semua pertanyaan saya temui jalan buntu. Semua BLUR atau buat2 BLUR.

2 hari lepas masa pengumuman calon adalah hamba Allah ni beritahu saya sudah ada satu kumpulan blogger berkampung di Resort xxx sejak beberapa hari lalu. Macam biasalah, orang yang TAK PANDAI BODEK macam saya ni memang tak usah haraplah nak dipanggil. Tapi kalau nama2 BESAR lain pun turut dipinggirkan dari terlibat sama, itu dah kira SATU KESILAPAN.

Kenapa Umno Terengganu main pilih group tertentu saja ? Apakah Umno Terengganu sengaja mahu pecah belahkan komuniti blogger pro Umno ?

Maksud saya, tidakkah dengan tindakan memilih SATU GROUP blogger saja akan membuat bloggers lain TERASA DIPINGGIRKAN ? Apatah lagi mereka yang dipinggirkan itu merupakan askar2 veteran yang sudah mahir dalam peperangan berbentuk PRK.

Point Utama saya - KENAPA tidak panggil SEMUA group yang ada supaya tidak timbul soal pilih kasih ? Jika tidak tahu dunia bloggers macamana, kenapa tidak tanya ? Secara logik pun, jika tidak bersikap adil kepada SEMUA, pastinya akan ada hati yang terguris.

Itu yang saya cuba beritahu 2-3 pihak yang saya temui sebelum ini. Saya nak cuba usahakan agar SEMUA pihak bloggers terlibat BUKANNYA main pilih kasih.

Saya kira matlamat itu sudah hampir tercapai awal tahun lepas semasa dikumpulkan para pengamal media dari semua pihak untuk sesi bertemu bersama pemimpin Negeri. TIDAK ADA PILIH KASIH.

Malangnya ada pihak yang hanya pentingkan diri dan groupnya saja yang terlebih dahulu SAIKO dan BOLOT projek PRK Kuala Besut dari pemimpin Umno Terengganu yang kebanyakannya BLUR tentang perang siber. 
 
Apakah Umno Terengganu TIDAK MENGHARGAI peranan bloggers selain dari SATU GROUP TERPILIH itu semasa PRU13 baru ni ? Atau menaikkan nama MB MatSaid selama ini ketika beliau kelihatannya berseorangan berdepan cabaran depan dan belakang ?

Ingat, kita masih perlukan sokongan SEMUA bloggers pro Umno bukan setakat PRK Kuala Besut saja ! 

Saya tak reti nak komen luahan geram 1Peluru ini -

Jadi gua menyeru kepada semua blogger/cybertroopers membisukan terus isu PRK Kuala Besut sehinggalah selepas keputusan PRK tersebut - kita tengok penangannya, biar Ahmad Maslan belajar untuk belajar dari kesilapan!

Sayang .... hasrat mahu melihat PRK Kuala Besut menjadi satu benchmark kepada Perpaduan Bloggers dalam berdepan misi PRK hancur.....

Oya, luahan sebegini adalah lebih baik ditulis sekarang sementara masih ada masa untuk diperbaiki. BUKAN lepas PRK baru nak bising. Kalau Umno Terengganu mahu perbaiki la ......

No comments: