Wednesday 10 July 2013

DAP TANGKAP MUAT GADIS MELAYU AHLI DAP ANGGOTAI MPPP



DAP bermain wayang lagi. Seorang anak gadis muda, Nur Fitriah Abdul Halim dilantik sebagai seorang Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Majlis angkat sumpah berlangsung pagi semalam. Agak janggal bagi gadis Melayu ini yang berdaftar di DAP Cawangan Taman Bukit, Bukit Mertajam ditugaskan sebagai Ahli Majlis MPPP dan bukannya di kawasannya sendiri di Majlis Perbandaran Seberang  Prai (MPSP). 

Adakah beliau anak orang kebanyakan yang diangkat oleh DAP sebagai seorang Ahli Majlis? Tentu sekali tidak!!! Beliau adalah sebahagian daripada kroni Joseph Lim. Beliau adalah anak gadis Dato Abdul Halim bin Hussain, bekas Speaker Kerajaan Pulau Pinang. Khabarnya beliau baru mendaftar sebagai ahli DAP baru seminggu!!! DAP bijak melantik Ahli Majlis MPPP dari seorang gadis berusia 26 tahun yang merupakan seorang pereka grafik. DAP tahu ini kelemahan utama Barisan Nasional yang kelihatan masih gagal menarik perhatian anak muda...

Juga difahamkan Nur Fitriah dilantik tanpa ditemuduga.... Setiausaha MCA negeri, Lai Chiek Tuan berkata, LGE tidak mengamalkan ketelusan di dalam perlantikan itu. Malah Naib Pengerusi Gerakan Negeri, Wong Mun Hoe turut mempersoalkan perlantikan Nur Fitriah di laman facebook beliau. Sementara itu Nur Fitriah enggan mengulas...




Jangan terkejut jika selepas ini, ramai anak muda melayu akan mengikut jejak Nur Fitriah (menjadi ahli DAP)...!!!!


No comments: