Friday, 6 July 2012

GEMPAR!!! SPIDERMAN BERTUKAR JADI CICAK..!!!


Anda pasti kagum mengenai cicak yang satu ini kerana reptilia ini memiliki warna dan bentuk seperti superhero Spiderman.Dengan warna kulit yang ada dibadannya, merah dan biru,kelihatan seperti jelmaan spiderman.

Cicak spiderman itu ditangkap ketika merangkak di atas batu oleh sepasang suami isteri Cassio Lopes dan isterinya Alessandra ketika melawat Masai National Park di Kenya.Dalam sekelip mata pasangan suami isteri dan cicak spiderman ini menjadi terkenal diseluruh dunia.



Gaya cicak diatas sangat mirip dengan pose Spiderman ini bukan?



Cassio Lopes (kanan) dan Alessandra (kiri), pasangan suami isteri yang beruntung mendapatkan foto cicak spiderman yang menakjubkan!!



KENYATAAN DARI NASA MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT...???

Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

PANASS..!!! LIM KIT SIANG DIBIDAS TUN M..!!!

"Saya tak tahu kenapa dia benci sangat pada saya"

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kewujudan 'Mahathirisme', dan mengingatkan pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang bahawa serangan berterusan terhadapnya akan memakan diri sendiri.

BENDERA TERAKHIR TENTERA ISLAM....


INILAH BENDERA terakhir milik tentera Islam di Sepanyol yang berperang menentang tentera Salib yang berakhir dengan kekalahan TENTERA ISLAM.

Bendera ini berada di dalam simpanan kerajaan Sepanyol dan mereka melakukan upacara ini sebagai memperingati kemenangan Salib ke atas tentera Islam.

Tetapi yang sedihnya umat Islam pada hari ini lupa sejarah hitam ini bahkan bergembira dengan kemenangan Sepanyol dalam Piala Eropah 2012.....malahan sanggup bersengkang mata semata-mata kerana mahu menyaksikannya.....

AWAS!! YAHUDI MENCIPTA QURAN BARU..!!!


Organisasi Yahudi, Yad Lahim, sekali lagi menunjukkan kebodohan dan kebiadaban dengan menerbitkan risalah setebal 222 muka surat yang digelar mereka ‘al-Quran baru’ bertujuan menyebarkan ‘mesej baru al-Quran’ itu kepada sesiapa yang ingin mengetahui kandungan sebenar al-Quran dan hadis.

Bagi tujuan bodoh itu, organisasi berkenaan mewujudkan telefon bebas tol dan mewujudkan dua pusat penerangan di Tel Aviv dan Baitulmaqdis Barat serta menerbitkan video mengenai kedudukan wanita dalam Islam yang digambarkan sebagai golongan yang patuh membuta tuli dan diberi layanan buruk.

Kandungan risalah itu jelas tidak mengiktiraf doktrin Islam yang diturunkan dari syurga malah mendakwa al-Quran ditulis secara langsung oleh nabi mulia, Nabi Muhammad.

Bagi umat Islam, keajaiban paling hebat dalam al-Quran ialah apabila Nabi Muhammad menghafal surah yang dibacakan kepada baginda oleh Jibril.Yad Lahim mendakwa tindakan mereka itu bertujuan membantu umat Islam yang salah faham mengenai al-Quran sebenar dan membongkar idea beracun yang berada dalam masyarakat Islam.

Penduduk Islam lantas melontarkan bantahan keras terhadap risalah terbitan organisasi itu kerana ia fitnah dan merendah-rendahkan al-Quran asal dan diterbitkan bertujuan mencetuskan keraguan mengenai kepercayaan asal umat Islam .Mufti Baitulmaqdis, Sheikh Akrama Sabri, cuba meredakan ketegangan itu dengan berkata itu bukan kali pertama ia dilakukan dan cubaan seumpama itu tidak pernah berjaya. Dia meluahkan keyakinannya tidak akan ada seorang pun berjaya merosakkan keaslian al-Quran kerana ia dilindungi Allah.

Kredit  di sini
 

TOM CRUISE PALING MAHAL..!!




LOS ANGELES - Pelakon terkenal, Tom Cruise mengungguli senarai pelakon lelaki yang menerima bayaran paling tinggi di Hollywood, dengan memperoleh pendapatan berjumlah AS$75 juta (RM236 juta) antara Mei 2011 hingga Mei 2012, terbitan majalah Forbes.

CEMETI EMAS KUNING NAGA AIR ASLI..!!!

Tak sangka miliki cemeti emas asli
Mazlan (kanan) dan rakan-rakannya bersama cemeti emas kuning terbabit yang berbentuk naga air.

BALING - Seorang kontraktor teruja setelah mendapati cemeti lama yang dimilikinya selama ini adalah cemeti emas kuning asli dipercayai berusia beratus tahun lalu.

Mazlan Md Nor, 48, terkejut setelah seorang tukang emas mengesahkan cemeti yang dimilikinya itu cemeti emas kuning asli yang sukar diperoleh kini.