Sunday, 4 March 2012

PEMBANGKANG PERAK FITNAH DS ZAMBRY JUAL TANAH KERAJAAN...!!!


“Sejak tahun 1986, tanah di Teluk Rubiah itu adalah milik persendirian bukan kerajaan negeri”.
Demikian tegas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai mengulas dakwaan Pakatan Rakyat kononnya kerajaan negeri menjual tanah kepada syarikat Vale dari Brazil.
Tambah Zambry, pembangkang sengaja mengaitkan transaksi yang berlaku antara pemilik tanah dengan Vale bagi menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).
“Ia transaksi antara tuan punya tanah dengan Vale…kenapa kaitkan dengan kerajaan negeri.
“Mereka tahu tanah itu milik persendirian tetapi sengaja menggunakanya dan mengambil peluang untuk menimbulkan sentimen kemarahan rakyat supaya menolak saya atau BN,” katanya.
Tambah beliau lagi, sudah menjadi kebiasaan bagi akhbar Suara Keadilan mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah bertujuan untuk memberi imej negatif kepada pemimpin BN.
Malah katanya, akhbar milik pembangkang itu seolah-olah tidak mempunyai perasaan bersalah kerana sanggup membuat fitnah dan melemparkan kenyataan seteruk itu.
“Akhbar ini memang tidak serik-serik kerana  sebelum ini mereka kata saya pengganas yang  ditahan di Amerika…apabila saya meminta mereka untuk tarik balik kenyataan itu mereka enggan sehinggalah tindakan undang-undang diambil barulah kelam kabut minta maaf.
“Inilah watak sebenar mereka yang menganggap soal dosa dan pahala yang hanya dari ukuran mereka  terhadap orang lain sahaja, kalau dari segi hukum sebenar mereka tak pakai,” katanya lagi.
Sebelum ini, Suara Keadilan dilaporkan mendakwa Zambry telah menjual tanah seluas 488 hektar di Teluk Rubiah kepada Vale International dengan harga RM196 juta.
Malah, akhbar berkenaan mendakwa Teluk Rubiah kini menjadi milik syarikat Brazil dan menyebabkan penduduk kawasan itu terpaksa menanggung kesan negatif,

APAKAH KEPUTUSANNYA.... DI PECAT ATAU DIBUBARKAN ATAU..????!!!


ALOR SETAR 4 Mac - Pas Pusat masih belum dapat membuat keputusan muktamad bagi menyelesaikan krisis dalaman parti itu di negeri ini selepas mesyuarat mulai pukul 9 malam semalam ditangguh kira-kira pukul 12 tengah malam.


Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub berkata, pihak yang bertelagah iaitu Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi telah mengemukakan pandangan dan hujah masing masing berhubung isu yang timbul.


Sehubungan itu, katanya, selepas mendengar pandangan kedua-dua belah pihak, Jawatankuasa Pas Pusat meneruskan perbincangan bagi mendapatkan jalan penyelesaian muktamad dalam tempoh terdekat.


''Keputusan itu akan dimuktamadkan selewat-lewatnya pagi ini. Pengumuman mengenainya sama ada akan di buat di sini atau di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dihentikan seketika di Kediaman Rasmi Menteri Besar Seri Mentaloon di sini tengah malam ini.


Pertemuan tertutup yang turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa ahli-ahli Jawatankuasa Pas Pusat merupakan kali kedua bagi membincangkan isu tersebut selepas mesyuarat khas Pas di Kuala Lumpur kelmarin gagal menemui jalan penyelesaian.


Mesyuarat malam ini melibatkan pertembungan empat mata kali pertama antara Azizan dan Phahrolrazi sejak pergolakan dalaman parti tersebut heboh diperkatakan mulai pertengahan bulan lalu.


Pertemuan itu bagaimanapun dikawal ketat apabila beberapa petugas keselamatan menyaring kemasukan semua individu di pintu pagar Seri Mentaloon.


Mereka juga dikatakan tidak membenarkan individu yang menghadiri mesyuarat itu membawa masuk alat perakam termasuk telefon bimbit dipercayai bagi mengelakkan perjalanan mesyuarat terlepas keluar dan disebarkan kepada umum.


Petugas media yang menunggu seawal pukul 8 malam juga tidak dibenarkan memasuki ke kawasan kediaman rasmi menteri besar.


Para pemimpin Pas Pusat seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dilihat antara yang terawal memasuki kediaman rasmi menteri besar kira kira pukul 8.15 malam.


Beberapa Exco kerajaan negeri seperti Datuk Ir. AmirudDin Hamzah; Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dan Abdul Ghani Ahad juga kelihatan memasuki Seri Metaloon 15 minit kemudian.


Phahrolrazi tiba pada pukul 8.50 malam dan ketika disapa media dan ditanya harapannya, beliau berkata: ''Saya yakin boleh menang.''


Azizan tiba 30 minit kemudian dan Abdul Hadi terakhir memasuki Seri Mentaloon kira kira pukul 9.50 malam sebelum pintu pagar ditutup petugas keselamatan. - UTUSAN

KERAJAAN PEMBANGKANG HANYA HEBAT RETORIK SAHAJA!!!


 Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, kerajaan negeri yang diterajui parti-parti pembangkang hanya hebat dari segi retorik tetapi kosong daripada sudut menjaga kepentingan rakyat.

Katanya, seperti di Kedah, pemimpin-pemimpin pembangkang sering bercakaran dan membelakangi kepentingan rakyat selama memerintah negeri ini sehingga rakyat sudah jemu dengan telatah pemimpin-pemimpin itu.

“Bagi saya siapa Menteri Besar daripada Pas dan berapa ramai anggota Exconya serta portfolio yang mereka pegang itu tidak bererti langsung kerana Pakatan Rakyat selama hampir empat tahun mentadbir Kedah tidak melakukan sebarang pembangunan untuk rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Hambat Cah (kejar dan tangkap ikan) di tebing Sungai Muda di Kampung Permatang Berangan, Merbau Pulas dekat sini, hari ini. — BERNAMA

HASSAN ALI : MAHFUZ LEBIH TERUK DARIPADA KAMBING.... muahahahaha!!!!

Datuk Dr Hasan Ali anggap Datuk Mahfuz Omar lebih teruk daripada kambing?. Memang benar. Kenyataan itu jelas menggambarkan betapa beliau geram habis pada Naib Presiden PAS itu malah nampaknya sudah bersiap sedia berdepan dengannya di mahkamah.
Dr Hasan, pada Sabtu adakan sidang akhbar di rumahnya di Taman Tun  Dr Ismail,Kuala Lumpur untuk beritahu beliau sudah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap Mahfuz.
Ini gara-gara Ahli Parlimen Pokok Sena itu main sedap mulut dakwa Kementerian Belia dan Sukan nak menaja 2,000 program ceramahnya dengan kos RM30 juta bagi mempengaruhi belia menjelang pilihanraya umum ke
13.
Ditanya Agendadaily berapa samannya nanti kerana Dr Hasan menyifatkan tuduhan Mahfuz itu  satu fitnah jahat bagi memalukan beliau dan keluarganya, kata bekas Exco kerajaan PKR Selangor itu dengan seloroh kata,“ Tidaklah RM50 juta, tapi mungkin hampir-hampir".
Katanya tuduhan itu dibuat tanpa asas yang lojik dan lojik.
Menurut Adun Gombak Setia itu, jika benar beliau dakwaan 2,000 programnya ditaja, ia akan mengambil masa sehingga 18 tahun bagi menghabiskannya kerana program beliau biasanya berlangsung selama tiga hari.
"Kalau saya ajar kambing mengira pun dua tahun, pandai. Ini (Mahfuz) lebih teruk dari kambing," katanya menyindir Mahfuz (kiri).
Beliau turut menyifatkan Mahfuz kuda tunggangan PAS kerana kenyataan tersebut antara lain bertujuan cuba lari isu serabut dalam pentadbiran PAS di Kedah dan kemaraan road shownya sejak di pecat dari PAS.
Katanya, setiap tindak tanduk pemimpin PAS termasuk Mahfuz ada yang tersirat dan tersurat.
“Inilah parasit dalam PAS sama juga dengan ahli parlimen Kuaala Selangor Dr Zulkifli Ahmad yang buat kenyataan PAS sedia terima bukan Islam jadi Timbalan Presiden parti itu,” katanya.
Menurut Dr Hasan, ketika dalam PAS walaupun pernah jadi Naib Presiden dan Pesuruhjaya PAS Selangor, beliau tidak akan buat kenyataan seumpama itu tambahan pula ini babitkan dasar parti.
“Majlis Syura dan pimpinan tertinggi PAS kena tengok apa pemimpin parasit ini (Mahfuz dan Dr Zulkifli) cakap dan buat kerana ianya beri kesan negatif pada PAS . Ini mesej dan tugas serta strategi parasit jadikan PAS macam DAP dan PKR,” katanya.
Tegas beliau, inilah kejayaan besar parasit kerana tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap mereka.
Menjawab satu soalan, beliau juga menafikan dakwaan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad bahawa tokoh koprat Tan Sri Rozali Ismail,Puncak Niaga menajanya.
Sambil mendakwa itu "cerita kedai kopi", Hasan sekali lagi bersifat sinikal dengan menyoal: "Bila Khalid Samad dilantik sebagai jurucakap gereja?"
"Tidak ada. Tapi sebagai NGO kita akan terima bantuan siapa sahaja yang mahu memperjuangkan Islam," katanya.
Setakat ini, menurut Hasan, beliau menggunakan duit sendiri dan bantuan beberapa pihak yang enggan dikenali untuk program jelajahnya.
Namun beliau mempersoalkan apa salahnya jika ada pihak yang ingin memberi sumbangan kepada sebuah NGO seperti JATI pimpinannya.
Dalam pada itu, Presiden JATI tersebut, PAS akan kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang kerana beberapa fakor termasuk pemecatan beliau.
Sebab lain katanyaa adalah isu Palestine –Israel dan Kritianiasasi serta menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan macam-macam masalah termasuk isu keselamatan Israel.
Dr Hasan turut menuntut Anwar memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umut Islam di Malaysia, Palaetin dan masyarakat dunia kerana kenyataan beliau jauh berbeza dan bertentangan realiti sebenarnya

SUMBER SIMPANAN PKPS DI LUAR DUGAAN....KERAJAAN SELANGOR MOHON DEDAHKAN!!!

nohomar

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar meminta kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat, yang kononnya telus dalam pengurusan, mendedahkan sumber kewangan yang diperolehi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Noh berkata ini kerana simpanan tunai itu didapati meningkat dari RM8.3 juta pada 2008 kepada RM114 juta tahun lepas.
Beliau mempersoalkan kenyataan negeri Selangor, menerusi  laporan SelangorKini terbitan hari ini, yang mendakwa kenaikan prestasi kewangan PKPS hasil kecekapan  pengurusan kerajaan pembangkang itu.
Noh berkata beliau difahamkan hasil itu sebenarnya meningkat daripada penjualan tanah PKPS seluas 12,000 hektar di Sarawak kepada sebuah syarikat semasa pemerintahan BN, yang transaksi jual beli itu selesai pada 2010 dengan nilai RM97 juta. 
  
"Adakah dengan mendapat hasil jualan tanah boleh dikatakan kerajaan  Selangor sebuah kerajaan yang cekap?," katanya dipetik dari Bernama.

MEMANG ADA UNIT KHAS MURTADKAN ORANG MELAYU... ISLAM!!!

jais513

Bekas Exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali malam kelmarin, mendedahkan ada gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya menubuhkan unit khas untuk menggerakkan agenda Kristianisasi mereka terhadap orang Melayu.
Katanya, mereka bergerak dengan perancangan dan strategi rapi, mubaligh Kristian berusaha mengkristiankan orang Melayu, menggugurkan kalimah Allah, mendekati orang Melayu dan membawa Kristian ke dalam kehidupan orang Melayu.
“Mereka datang dari United Kingdom, Jerman, Belanda, Australia, Amerika dan Kanada. Setiap mereka yang datang diwajibkan tinggal di negara ini sekurang-kurangnya setahun.
“Mereka mempunyai ijazah kedoktoran (PhD) dalam antropologi, sosial psikologi, agama dan boleh berbahasa Melayu selepas belajar dalam dua bulan. Mereka juga faham budaya, jiwa orang Melayu, sosial interaksi, unit masyarakat orang Melayu, keluarga Melayu dan masalah orang Melayu,” katanya dipetik dari akhbar Berita Harian.
Hasan yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) berkata, unit khas berkenaan mempunyai kelebihan yang hebat kerana mereka memiliki dana tanpa had daripada badan kristian antarabangsa.
“Beberapa orang yang sudah dibaptis datang jumpa saya menceritakan apa yang dia dapat apabila masuk Kristian. Sewa rumah RM1,700 sebulan dibayar, kereta dibelikan dan anak empat lima orang disara.
“Segala keperluan anak, sebut apa saja, komputer riba, kamera, i-Pad, jelajah dunia, semua dapat. Mereka (mubaligh Kristian) berkeliaran di hospital terutama di wad pesakit yang dikategori sebagai tidak ada harapan sembuh.
“Duduk di hospital tujuh, lapan bulan atau setahun. Anak, suami, isteri dan saudara tidak pergi ziarah. Siapa yang gantikan mereka? Pengembang Kristian dari dalam dan luar negara,” katanya.
Sementara itu, Hasan menyarankan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya membincangkan semula isu Israel di peringkat Majlis Syura Ulama parti itu supaya ia dapat diperhalusi.
Katanya, kenyataan Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr Mousa Abu Marzook yang menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Hamas mengiktiraf kewujudan Israel adalah bukti jelas bahawa ia diputar-belitkan pemimpin pembangkang itu.

Saturday, 3 March 2012

MANIPULASI DATA PERIBADI ORANG LAIN ADALAH SATU JENAYAH..!!!

Ramai pengguna telefon bimbit berungut bila menerima panggilan telefon atau teks pesanan ringkas (SMS) daripada pihak yang tidak dikenali untuk sesuatu perkhidmatan termasuk insurans, pinjaman bank dan kad kredit.
“Ada yang tawarkan promosi percutian percuma yang bersyarat. Perlu hadir taklimat selama 30 minit sebelum ditawar pakej percutian beribu-ribu ringgit.
“Minta kad kredit, bermacam-macam janji sehingga ke tahap penginapan percuma untuk hotel di luar negara. Menyusahkan kerana bila terima panggilan wakil jualan yang bertubi-tubi ini, kita pun termakan ajakan dan desakan,” jelas seorang pengguna, Leila (bukan nama sebenar), yang meluahkan rasa hairan bagaimana nombor telefon bimbitnya diperoleh wakil jualan.
Pada Mei 2010, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 diluluskan di Parlimen dan diwartakan pada Jun tahun yang sama.
Bagaimanapun, ia dijangka dikuatkuasakan sekitar Jun ini.

TERPELIHARA
Apabila berkuatkuasanya akta ini, semua aspek perlindungan data peribadi untuk tujuan komersil akan dijamin terpelihara.
Di bawah Fasal 4 akta ini, data peribadi ditakrifkan sebagai ‘apa-apa juga maklumat berkenaan dengan transaksi komersil yang tersimpan dan dikendalikan secara automatik atau dalam sistem fail’.
Ini bermaksud ia berhubungkait, baik secara langsung atau tidak langsung, dengan seorang subjek data termasuk data peribadi sensitif dan pernyataan mengenai subjek data berkenaan.
Data peribadi sensitif meliputi data peribadi berhubung kesihatan atau keadaan fizikal dan mental seorang subjek data, pendapat politiknya dan kepercayaan agama.
Mereka yang menyalahguna maklumat yang diperolehi boleh dikenakan hukuman denda maksimum tidak melebihi RM500,000 dengan kebarangkalian hukuman penjara maksimum tidak melebihi tiga tahun, bergantung kepada jenis kesalahan.
Mahkamah sesyen mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan mana-mana kesalahan di bawah akta ini.
JENAYAH BARU
Di bawah akta ini beberapa kesalahan jenayah baru diwujudkan dan ia tidak menyerupai kesalahan jenayah lain yang termaktub hukumannya di bawah Kanun Keseksaan.
Antara kesalahan jenayah ini termasuk kegagalan pengguna data di kalangan pertubuhan perbadanan untuk beberapa perkara seperti mendaftar, pelanggaran prinsip perlindungan data, penjualan data, pemindahan data tanpa perlindungan yang mencukupi dan pengumpulan menyalahi undang-undang.
Prof Abu Bakar Munir, pensyarah di fakulti undang-undang Universiti Malaya turut membentangkan kertas kerja pada seminar yang diadakan baru-baru ini, untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutama pengguna data tentang akta yang bakal dikuatkuasakan itu.
“Saya terlibat membantu Singapura dalam proses menyediakan draf untuk akta ini digunapakai di sana tidak lama lagi. Untuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 di negara kita ini, saya diberi kepercayaan sebagai penasihat. Akta ini merangkumi 7 prinsip dan ia tidak terpakai langsung untuk penggunaan secara rekreasi seperti penggunaan data peribadi untuk hal-hal persendirian, keluarga dan isi rumah.
“Akta ini melindungi subjek data atau individu yang menjadi empunya kepada data itu,” jelas Prof. Abu Bakar.
Antara seksyen-seksyen yang terkandung dalam akta ini yang menjelaskan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman ialah seksyen 40(3) iaitu memproses data sensitif, 38(4) iaitu memproses data setelah kebenaran untuknya ditarikbalik dan 130(3); mengumpul, menzahirkan atau mengusahakan penzahiran data secara menyalahi undang-undang.
Akta ini juga baru diluluskan di beberapa negara di rantau ini seperti Korea dan Taiwan.
DATA
Pengguna data adalah seseorang yang sama ada berseorangan atau bersama dengan orang lain memproses apa-apa data peribadi atau mempunyai kawalan terhadapnya atau membenarkan pemprosesan apa-apa data peribadi, tetapi ia tidak melibatkan pemproses data.
Pengguna data ini terlibat apabila menguruskan sesuatu pemeriksaan atau sesuatu aduan atau sesuatu penyiasatan atau semasa terlibat dengan sesuatu notis penguatkuasaan.
Mereka ini adalah syarikat atau perbadanan atau pertubuhan yang menggunakan data yang diperolehi untuk transaksi komersil.
Walaupun begitu, pengguna data peribadi yang terkecuali daripada tindakan yang boleh diambil di bawah akta ini termasuk kerajaan persekutuan dan negeri, agensi rujukan kredit dan sebarang penggunaan untuk transaksi bukan komersil.
Agensi rujukan kredit yang boleh mendedahkan butiran penarafan kredit terletak di bawah bidangkuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.
HAK SUBJEK DATA
Perlindungan kepada keselamatan data milik mana-mana subjek data tidak boleh diabaikan oleh pengguna data.
“Kalau diberikan data peribadi kepada pihak bank atau institusi kewangan berdaftar ketika membuat permohonan kad kredit atau pinjaman, mestilah kita tidak mahu data itu jatuh ke tangan orang lain,” seorang peserta seminar, Suzy Lim (bukan nama sebenar) memberi pandangannya mengenai perkara itu.
Hak-hak subjek data yang tidak boleh dinafikan termasuk hak mereka untuk diberitahu, hak untuk mengakses dan menyemak, hak untuk membuat pembetulan, hak untuk menarik balik kebenaran dan hak untuk menyekat pemprosesan data itu untuk aktiviti pemasaran langsung atau yang boleh menyebabkan kenegatifan.
Sekiranya pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau mana-mana pegawai lain dalam sebuah badan korporat didapati bertanggungjawab menguruskan perkara yang boleh disabitkan salah dari segi undang-undang, mereka yang terlibat boleh didakwa bersama dengan badan korporat itu.
PENDEKATAN GLOBAL
Data peribadi amat berharga kepada sesiapa saja yang menjadi pemiliknya, di mana sahaja di dunia.
Akta seumpama digunakan di Macao sejak Februari 2006.
“Kira-kira 90 peratus daripada akta yang digunapakai di Macao diambil daripada dokumen yang digunakan di Portugal. Sejak 2007 sehingga tahun lepas, lebih 250 kes disiasat dan tidak kurang 2,000 pertanyaan diterima pihak autoriti GPDP di Macao,” kata Ken Yang, wakil pejabat perlindungan data peribadi Macao (GPDP).
Di New Zealand, akta melindungi hak peribadi ini dikenali sebagai ‘Privacy Act’ dan digunapakai sejak 1993, melibatkan mereka yang masih hidup, demikian menurut Pembantu Pesuruhjaya di bahagian perundangan dan polisi, Suruhanjaya ‘Privacy’ New Zealand, Katrine Evans.
Pegawai di Suruhanjaya ‘Privacy’ mempunyai tugas mendidik agensi tentang akta dan menjelaskan sebab-sebab organisasi di New Zealand perlu mewujudkan jawatan pegawai khas untuk mengendalikan bahagian yang melindungi data peribadi.
Nasihat dan informasi tambahan dari masa ke masa tetap dibekalkan oleh pegawai di suruhanjaya itu,” jelas Evans lagi.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr Rais Yatim merasmikan seminar mengenai akta perlindungan data peribadi 2010 yang memberi penerangan kepada organisasi dan pengguna data negara ini, baru-baru ini.
Jabatan yang menjadi agensi ke-19 di bawah kementerian ini, diharap dapat meningkatkan perlindungan data yang penting lagi sensitif milik subjek data.
TERIMA CABARAN
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Abu Hassan Ismail, yang baru dilantik untuk agensi terbaru di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, KPKK ini, menerima cabaran menggerakkan strategi perlaksanaan sebaik yang mungkin.
“Antara cabaran utama jabatan ini ialah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat selain memastikan kesediaan di kalangan pengguna data. Untuk menyedarkan masyarakat tentang perlindungan data peribadi mereka, jabatan akan menggunakan pendekatan pendidikan,” jelas Abu Hassan lagi.
Forum pengguna dan tribunal rayuan di bawah jabatan ini akan diadakan setelah perlaksanaan akta dan jabatan dimantapkan lagi, katanya lagi.
– BERNAMA