Sunday 4 March 2012

SUMBER SIMPANAN PKPS DI LUAR DUGAAN....KERAJAAN SELANGOR MOHON DEDAHKAN!!!

nohomar

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar meminta kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat, yang kononnya telus dalam pengurusan, mendedahkan sumber kewangan yang diperolehi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Noh berkata ini kerana simpanan tunai itu didapati meningkat dari RM8.3 juta pada 2008 kepada RM114 juta tahun lepas.
Beliau mempersoalkan kenyataan negeri Selangor, menerusi  laporan SelangorKini terbitan hari ini, yang mendakwa kenaikan prestasi kewangan PKPS hasil kecekapan  pengurusan kerajaan pembangkang itu.
Noh berkata beliau difahamkan hasil itu sebenarnya meningkat daripada penjualan tanah PKPS seluas 12,000 hektar di Sarawak kepada sebuah syarikat semasa pemerintahan BN, yang transaksi jual beli itu selesai pada 2010 dengan nilai RM97 juta. 
  
"Adakah dengan mendapat hasil jualan tanah boleh dikatakan kerajaan  Selangor sebuah kerajaan yang cekap?," katanya dipetik dari Bernama.

No comments: