Thursday, 24 March 2016

BEKAS PERDANA MENTERI HERET PERDANA MENTERI KE MAHKAMAH



Mantan Perdana Menteri dan negarawan ulung negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengheret Perdana Menteri Najib Razak ke muka pengadilan atas skandal-skandal salah laku dan amalan korupnya berhubung 1MDB, dana berjumlah RM2.6 bilion, serta RM42 juta yang masuk ke akaun-akaun peribadi Najib Razak. 

Wednesday, 23 March 2016

MP SIVARASA FITNAH PM GUNAKAN KULIT DEPAN MAJALAH TIME


MP R. Sivarasa telah mempergunakan kulit muka depan majalah antarabangsa TIME untuk dijadikan modal bagi mengukuhkan hujah kononnya Malaysia dan Najib Abdul Razak terlibat dalam rasuah besar sehingga menjadikan negara ini tersenarai sebagai top 5 negara paling tercemar dengan rasuah.

Tuesday, 22 March 2016

KENAPA ANWAR DAPAT LAYANAN VVIP .... BUKANKAH DIA BANDUAN ???

 
Free Malaysia Today  menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalani hukuman lima tahun penjara kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya, menerima layanan istimewa di penjara.

Monday, 21 March 2016

POLIS TURUNKAN BILLBOARD BEBAS ANWAR


Polis hari ini menurunkan tiga papan iklan BebasAnwar di sekitar Ampang yang menuntut pembebasan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di Penjara Sungai Buluh, Selangor.

RIDHUAN TEE DILAYAN SEPERTI PENGGANAS OLEH IMIGRESEN SINGAPURA

Imigresen Singapura layan saya seperti pengganas - Ridhuan Tee

Pensyarah universiti Profesor Mohd Ridhuan Tee Abdullah telah dihalang daripada memasuki Singapura selepas disoal selama dua jam, dengan mendakwa dirinya dilayan seperti seorang ‘pengganas’.

Sunday, 20 March 2016

BENARKAH BEGINI ASAL-USUL PERKATAAN 'MACAI' ??


Dahulu, orang Cina di negara ini menyedari bahawa perkataan "Macai" (馬仔) adalah pantang besar kepada orang Melayu. Ini kerana perkataan 'Ma' (馬) yang membawa maksud 'kuda', turut menjadi karekter yang digunakan dalam mengeja perkataan Melayu (Malai - 馬來) dan Malaysia (Malaixiya - 馬來西亞). Maka perkataan 'Ma' (馬) telah menjadi kependekan yang sinonim dengan Melayu atau Malaysia.

SPRM BONGKAR SINDIKET SELEWENG DANA KERAJAAN LEBIH RM100 JUTA


KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM SPRM BONGKAR SINDIKET SELEWENG DANA KERAJAAN LEBIH RM100 JUTA 

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berjaya membongkar satu sindiket yang menyeleweng dana Kerajaan Persekutuan membabitkan sebuah kementerian, yang menyebabkan kerajaan kerugian lebih kurang RM100 juta.