Monday, 21 March 2016

POLIS TURUNKAN BILLBOARD BEBAS ANWAR


Polis hari ini menurunkan tiga papan iklan BebasAnwar di sekitar Ampang yang menuntut pembebasan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di Penjara Sungai Buluh, Selangor.




Rabu lalu, Pengerusi NGO Selangor, Datuk Jamal Md Yunos yang mengetuai sekumpulan individu menampal kain rentang di papan tanda #BebasAnwar di Ampang Jaya sebagai tanda protes selain mengugut untuk membakarnya. Jamal berkata kandungan papan iklan itu mencabar keputusan mahkamah terhadap Anwar.

Post a Comment