| VINOD Mohan diberkas oleh polis di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, kelmarin. |
KUALA LUMPUR - Hampir empat bulan diburu pihak berkuasa, ketua kumpulan 'Geng 08 Vinod' yang terkenal dengan jenayah samun bersenjata di sekitar Rawang dan Gombak, Selangor, akhirnya tumpas selepas diberkas polis di Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa, pagi kelmarin.
Suspek dikenali sebagai Vinod Mohan, 21, diberkas di sebuah rumah kosong pukul 9.30 pagi, selepas melarikan diri lebih 30 kilometer dengan memandu kereta sejurus terserempak sepasukan polis di kawasan Genting Sempah, Pahang.
Turut bersama suspek yang menaiki kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish itu ialah seorang gadis berusia 23 tahun. Semasa melarikan diri, suspek dikatakan turut melepaskan tembakan.

