Saturday 23 November 2013

12 FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU 28 (2013)

Shah Alam : 12 finalis berjaya terpilih ke Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) yang akan berlangsung pada 26 Januari 2014.
Mereka ialah Aizat Amdan & Noh Salleh menerusi lagu In Love With You, Hazama & The Penglipurlara (Penglipurlara), Black (Takkan Terpisah), Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya), Alyah (Kau Yang Terindah), Najwa Latif feat. Sleeq & Shamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Hyper Act (Hanya Aku), Salam Musik (Aku Pelat), Hafiz ( Bahagiamu Deritaku), Jaclyn Victor (Ikut Rentakku) dan Stacy (Bosan). 
Pengumuman ini dibuat pada penghujung separuh akhir ketiga Muzik-Muzik 28 yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam malam tadi. 
Sebanyak 30 buah lagu dipertandingkan dalam tiga pusingan yang berlangsung pada 8 November, 9 November dan 22 November 2013 menerusi siaran secara langsung di TV3.
Kesemua lagu dinilai oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Azlan Abu Hassan, Aubrey Suwito, Ajai, Ad Samad, Azmeer dan Datuk Ramli M.S selaku ketua juri. myMetro

No comments: