Monday, 29 October 2012

PAS KELANTAN 'MUFLIS' CALON BERWIBAWA...!!!


Tindakan Pas Kelantan mahu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan kekal menjadi Menteri Besar membuktikan parti itu sedang menghadapi masalah dalaman yang hebat terutama dalam mencari pengganti yang sesuai.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin Pas Kelantan menyedari bahawa Mursyidul Am Pas itu sudah tidak mampu untuk melaksanakan tugas berat kerana masalah kesihatan yang serius. Beliau berkata, sebagai seorang Menteri Besar, Nik Abdul Aziz sendiri sepatutnya menjadi penggerak kepada program dan pembangunan negeri dan bukannya menyerahkan tugas berat itu kepada orang lain.

 "Saya melihat beberapa implikasi daripada kenyataan Exco kerajaan Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan ini, pertama, beliau mengetahui Nik Abdul Aziz mempunyai anak emas iaitu Datuk Husam Musa, jadi untuk menyekat Husam daripada menjadi Menteri Besar, beliau membuat kenyataan memaksa Nik Abdul Aziz supaya terus memimpin - Utara News

*** Ianya menunjukkan bahawa kepimpinan PAS Kelantan sudah 'muflis' atau 'bankrap' calon yang layak untuk menerajui Kelantan. Poknik yang dah uzur dan lanjut usia tu jugak yang dema tolak-tolak untuk dijadikan Menteri Besar..... peliknya.... 'orang tua' tu pun tak menolak!!! Tapi ye lah.... saya yang tak nak jawatan tinggi macam tu. Sebab tu lah Nizar pun meroyan tak sudah2 sampai hari ini.... dan masih di panggil Menteri Besar oleh pengikut-pengikut taksubnya...........

BUANG KETUMBUHAN SEBERAT 28 KG


IRMSTRAUD merasakan dirinya seperti orang baru selepas menjalani pembedahan.

DRESDEN (Jerman) : Doktor di sini berjaya mengeluarkan ketumbuhan seberat 28 kilogram, cukup besar untuk memenuhi sebuah kereta sorong, daripada seorang wanita berusia 60 tahun.


NAK JIMAT PETROL, ABIS KERETA TERBAKAR

TERBAKAR: Anggota bomba memadamkan kereta yang terbakar di sebuah stesen minyak, kelmarin. Pix: Sinar Harian

NGV BOCOR PUNCA KERETA TERBAKAR
BATU CAVES : Sepasang suami isteri dan anak perempuannya berdepan detik cemas apabila kereta jenis Iswara yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian jam 8 malam kelmarin.
Mangsa, R Tehinagaran berkata, kejadian berlaku sewaktu dia berhenti di sebuah stesen minyak di sini untuk mengisi gas NGV.

AWAS ! KASANOVA LICIK, PERDAYA MANGSA MELALUI LAMAN WEB CARI JODOH

Gambar sekadar hiasan

SEGAMAT – Bagi memenuhi selera mewahnya, seorang lelaki dari Kuala Berang, Terengganu didakwa memanipulasi mangsa-mangsanya yang dikenali melalui satu laman web mencari jodoh Myjodoh.net bagi mengaut wang mudah.

MENTERI BESAR MUNTAH MONGGEK DIBELASAH BEKAS MENTERI BESAR.....!!!!!


Menteri-menteri Besar PR yang mentadbir negeri, selalu buang 'tebiat' bila projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan pentadbiran BN sebelumnya dijadikan sasaran  apabila pentabirannya menghadapi masalah dalaman.  Mereka sentiasa mencari-cari apa saja yang boleh ditonjolkan sebagai ' kesalahan' kerajaan Barisan Nasional. 

DEMI KELANGSUNGAN HIDUP.... SANGGUP KUTIP MAYAT MENGERIKAN DI REL LANDASAN KERETA API


New Delhi : Ravi baru berusia tujuh tahun ketika lari dari rumah, menaiki kereta api dari utara India ke Mumbai. Selepas 25 tahun dia masih berada di landasan kereta api, melakukan kerja yang langsung tidak terlintas di fikiran ketika tiba di bandar raya itu berurusan dengan mayat untuk mencari rezeki.

RUPA-RUPANYA DIA PENIPU....???

Akhirnya.... teman dah temui jawapan kepada soalan-soalan yang sering menghantui fikiran teman semenjak membaca beberapa artikel beliau yang sangat berani dan agak 'kurang ajar'.

VIDEO 1......