Monday 29 October 2012

MENTERI BESAR MUNTAH MONGGEK DIBELASAH BEKAS MENTERI BESAR.....!!!!!


Menteri-menteri Besar PR yang mentadbir negeri, selalu buang 'tebiat' bila projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan pentadbiran BN sebelumnya dijadikan sasaran  apabila pentabirannya menghadapi masalah dalaman.  Mereka sentiasa mencari-cari apa saja yang boleh ditonjolkan sebagai ' kesalahan' kerajaan Barisan Nasional. 

Siapa boleh lupa peristiwa PAS Pusat terpaksa campurtangan wujudkan badan pengawas keatas pentabirannya ekoran krisis beliau dengan dua Exco Kerajaan Negeri tidak lama dulu.

Begitulah yang berlaku di Kedah,bekas Menteri Besar  Datuk Seri Mahdzir Khalid naik angin bila Menteri Besar PAS sekarang Datuk Seri Azizan Abdul Razak cuba memperlekehkan projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan BN dulu.  Padahal pentadbiran PAS di bawah kepimpinan MB itu yang bermasalah dengan puak PAS sendiri di negeri itu. 

Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata projek-projek yang dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambilkira kepentingan rakyat dan tidak dibuat secara sembrono.
 
Katanya projek 99 East di Langkawi bermula 2007 bernilai RM1.2 bilion yang didakwa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai merugikan kerajaan negeri dirancang menjadi padang golf bertaraf antarabangsa. 
"Projek itu telah separuh siap. Kerajaan negeri sepatutnya meneruskannya, (tetapi) menghentikannya dan menimbulkan banyak masalah setelah memenangi pilihan raya umum 2008," kata Mahdzir. 
Beliau mengulas dakwaan Azizan bahawa empat projek sakit dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa memerintah, memaksa kerajaan PAS Kedah menanggung beban hutang. 
Mahdzir ditemui pemberita pada majlis korban perdana di Felda Lubuk Merbau kira-kira 30 kilometer dari sini, hari ini.
Sebanyak lapan ekor lembu dikorbankan dalam program tahunan Umno Padang Terap dan dagingnya diagihkan kepada peneroka. 
Dalam sidang medianya semalam, Azizan berkata beliau dan pegawai kerajaan negeri asyik diserang konon kerajaan PAS Kedah dan beliau menyeleweng banyak projek serta letih menanggung beban hutang atas kesilapan kerajaan BN terdahulu. 
Mahdzir berkata, projek itu dijalankan secara usahasama antara Kedah Corporation Berhad (KCB) dengan Terra Monda Development Pte Ltd bagi membangunkan kawasan seluas 144 hektar di Bukit Malut. 
Tanah itu milik beberapa pihak dan bukan milik Permodalan Kedah Berhad (PKB) sahaja seperti didakwa Azizan, katanya.  
Mahdzir, Adun Pedu, berkata projek ternakan udang pula adalah antara kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan dilaksanakan semasa Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar.  
Mengenai Yayasan Islam Kedah yang perlu membayar syarikat Long Island RM11 juta kerana tidak memindahkan 15 lot tanah di Tandop, Mahdzir berkata masalah itu boleh diselesaikan tetapi ia tidak dilaksanakan.  
Projek Jerai International Park pula telah lama dihentikan dan masalah yang timbul hanya membabitkan pembinaan perumahan dan boleh diatasi melalui perbincangan, katanya.  
Mahdzir mempersoal tindakan Azizan memberhentikan projek usahasama ternakan ikan dalam sangkar di Langkawi antara Kedah Agro dengan sebuah syarikat Taiwan hanya kerana persepsi semua yang BN buat tidak elok dan betul.  
Katanya, Azizan juga gagal melaksana projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub (SULIHH) di Yan walaupun pernah memberikan tarikh pecah tanah projek dan projek Keli-K di Sungai Pau, Sik serta kilang mengetin buah rambutan yang dijanjikan tidak menjadi kenyataan. 
"Azizan pernah berkata dalam perniagaan ada untung rugi. Kita akui perkara ini. Jadi dia kena bertanggungjawab kerugian KCB di Papua New Guinea tetapi bila dah silap dia salahkan orang lain dan kata saya tak tau. 
"Laporan Ketua Audit Negara 2011 kata pelaburan KCB di Papua New Guinea rugi besar, dia kena mengakulah. Lagipun Menteri Besar adalah pengerusi KCB dan dia juga yang membawa masuk CEO," kata Mahdzir. 
Mengenai pembalakan di Tasik Pedu, Mahdzir mahu Azizan bertanggungjawab kerana membenarkan penebangan balak di kawasan tadahan hujan tanpa melalui Jawatankuasa Teknikal. 
Menurut Mahdzir hanya setelah separuh kawasan ditebang, surat pemberhentian kepada kontraktor dikeluarkan. - Bernama

No comments: