Monday 29 October 2012

PAS KELANTAN 'MUFLIS' CALON BERWIBAWA...!!!


Tindakan Pas Kelantan mahu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan kekal menjadi Menteri Besar membuktikan parti itu sedang menghadapi masalah dalaman yang hebat terutama dalam mencari pengganti yang sesuai.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin Pas Kelantan menyedari bahawa Mursyidul Am Pas itu sudah tidak mampu untuk melaksanakan tugas berat kerana masalah kesihatan yang serius. Beliau berkata, sebagai seorang Menteri Besar, Nik Abdul Aziz sendiri sepatutnya menjadi penggerak kepada program dan pembangunan negeri dan bukannya menyerahkan tugas berat itu kepada orang lain.

 "Saya melihat beberapa implikasi daripada kenyataan Exco kerajaan Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan ini, pertama, beliau mengetahui Nik Abdul Aziz mempunyai anak emas iaitu Datuk Husam Musa, jadi untuk menyekat Husam daripada menjadi Menteri Besar, beliau membuat kenyataan memaksa Nik Abdul Aziz supaya terus memimpin - Utara News

*** Ianya menunjukkan bahawa kepimpinan PAS Kelantan sudah 'muflis' atau 'bankrap' calon yang layak untuk menerajui Kelantan. Poknik yang dah uzur dan lanjut usia tu jugak yang dema tolak-tolak untuk dijadikan Menteri Besar..... peliknya.... 'orang tua' tu pun tak menolak!!! Tapi ye lah.... saya yang tak nak jawatan tinggi macam tu. Sebab tu lah Nizar pun meroyan tak sudah2 sampai hari ini.... dan masih di panggil Menteri Besar oleh pengikut-pengikut taksubnya...........

No comments: