Saturday, 30 June 2012

ARTIKEL MENARIK : MEMPERKASAKAN MODAL INSAN DALAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA



Pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melalui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan. Malahan proses pendidikan merupakan kaedah yang sangat berkesan bagi membentuk dan mengembangkan minda, jiwa dan rohani ke arah mengenali diri dan mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna.
Daripada perspektif yang berbeza, bidang pendidikan adalah jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia iaitu modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan negara. Jepun dan Korea Selatan adalah dua buah negara yang aset materialnya sangat sedikit, berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan yang mantap dapat membantu memajukan diri dan negara mereka setanding dengan negara-negara maju yang lain.

APA KE JADAHNYA KHALID SELALU PONTENG MESYUARAT..!!!


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengaku beliau kerap ponteng mesyuarat pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi menafikan tindakannya itu tidak disenangi oleh pemimpin tertentu dalam PKR. Khalid mendakwa beliau telah menghantar wakil untuk menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR justeru tidak timbul isu mengenai ketidak hadirannya. 


SYILING LAMA BERNILAI RM16 JUTA..!!!

Syiling lama ‘bernilai’
Abdul Rahman menunjukkan syiling lama tahun 1734 yang ada dalam simpanannya sejak lebih 10 tahun lalu.


KUALA LUMPUR - Warga emas ini bukanlah seorang pengumpul barangan antik mahupun menjadikan pengumpulan syiling lama sebagai hobi.

Namun, dia merasa terpanggil untuk berkongsi, mengenai sekeping syiling yang berada dalam simpanannya sejak lebih 10 tahun lalu, apabila tersiarnya berita dari Kelantan bertajuk ‘Syiling lama cecah RM16 juta’ pada 27 Jun lalu.

Bekerja sebagai pemandu peribadi, Abdul Rahman Ahmad, 56, berkata, syiling yang dikatakan bernilai RM16 juta itu adalah dari tahun 1770, tetapi yang ada dalam simpanannya adalah syiling yang sama, tetapi tahun 1734, 36 tahun lebih lama.

Menurutnya, dia memperoleh syiling tersebut daripada adik iparnya yang mempunyai lima syiling sama pemberian daripada seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) 10 tahun dulu.

“Saya ingat lagi, ketika dia beri, dia suruh saya simpan, katanya, syiling lama ini mungkin boleh membantu ketika saya terdesak. Bukanlah saya terdesak mahu menjualnya, tapi jika tawaran lumayan, mungkin boleh dipertimbangkan. Jika ada yang berminat untuk tengok saja, juga boleh jumpa saya,” katanya.

Katanya yang kini menetap di Gombak, difahamkan syiling berkenaan dijumpai oleh pekerja kontraktor warga asing pembinaan bangunan di kawasan Bukit Bintang berpuluh tahun dulu.

Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, seorang pesara tentera mendakwa memiliki syiling berusia 242 tahun yang nilainya dikatakan boleh mencecah RM16 juta sekiranya dilelong di pasaran Amerika Syarikat.

MARINA, KAMU DAH TERSILAP LANGKAH....

Tun Dr Mahathir MohamadSHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir tidak meletakkan diri terlalu rapat dengan Bersih 2.0 atau gerakan lain yang antikerajaan kerana ia tidak baik untuk dirinya.

Dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Observer (MobTV), Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dilakukan anaknya itu sejak akhir-akhir ini dan berharap Marina sedar akan kesilapannya.

Pada Bersih 2.0 tahun lalu dan perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, Marina dilihat bersama dengan puluhan ribu demonstran lain menuntut lapan tuntutan yang mahukan pilihan raya umum  yang bersih dan adil.

“Bersih telah dirampas oleh pemimpin pembangkang, saya tidak suka beliau meletakkan dirinya dekat dengan gerakan itu.

“Beliau tidak pernah katakan ini, tapi Bersih dan beberapa gerakan lain didakwa ada kaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Dia tidak pernah kata sokong lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan dan saya harap dia maksudkannya,” katanya.

Katanya lagi, Marina perlu mewujudkan sempadan berkenaan isu LGBT iaitu sejauh mana beliau memberi sokongan kepada golongan itu dalam sebuah negara seperti Malaysia.

“Memang beliau seorang aktivis yang menolong ramai orang termasuklah golongan ini, tapi dia perlu jelaskan pendiriannya,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut berharap Marina menyedari apa yang dilakukannya sekarang boleh menjejaskan peluang abangnya, Datuk Mukhriz Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

“Saya rasa beliau bukan ahli, tetapi beliau perlu lebih sensitif mengenai nasib abangnya,” katanya.

Ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa Mukhriz bakal dicalonkan menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri tersebut, Dr Mahathir menegaskan ia terpulang kepada keputusan parti.

Katanya, isyarat bahawa Mukhriz mungkin menjadi calon Menteri Besar apabila parti memilihnya untuk menjadi calon Dewan Undangan Negeri (Dun) dan bukannya calon Parlimen.

“Saya akan tolong dan menyokong apa yang dilakukan Mukhriz, tetapi segalanya terpulang pada parti. Walaupun beliau tidak dipilih jadi Menteri Besar, saya akan tetap sokong,” katanya.

Friday, 29 June 2012

WAJIB BACA!! CIRI-CIRI ULAMA JAHAT DAN ULAMA DUNIA...




Berikut dipaparkan ciri-ciri ulama yang digolongkan sebagai 'ulama jahat' untuk meluaskan pengetahuan kita. Ianya ditulis sendiri oleh ulama PAS...


Mari kita kenali sedikit CIRI-CIRI ULAMA JAHAT


Di antara ciri-ciri ulamak jahat ialah: 
1. Takbur dengan pandangannya walaupun tidak betul dari segi kaedah pengambilan hukum. 
2. Melebihkan dunia sehingga mengabai tugas akhirat. 
3. Takut kepada manusia, tetapi tidak takut kepada Allah dan tidak merasa bimbang dengan apa yang mereka lakukan kepada Allah SWT. 
4. Tamak kepada dunia dan pangkat. 
5. Pengampu kepada pemerintah yang zalim. 
6. Takut memberi nasihat kepada pemimpin yang zalim. 
7. Tidak ada rasa sensitif terhadap penyelewingan yang dilakukan oleh pemerintah seperti rasuah dan penindasan. 
8. Mereka hanya memikirkan tentang kepentingan perutnya sahaja, biarlah agama dicerca. 
9. Bijak bermadah punjangga untuk menarik perhatian orang ramai walaupun salah dari segi fakta. 
10. Bercakap tidak serupa dengan bikin. 
11. Tidak memaparkan akhlak Islam yang sepatut ada sebagai seorang yang ada ilmu agama. 
12. Keluarganya tidak menunjuk contoh suri teladan yang baik seperti anak isteri tidak memelihara aurat.


Petikan itu diambil dari rencana yang bertajuk ‘Awas Ulama’ Jahat’ tulisan Ust. Idris Haji Ahmad bertarikh 3/5/12 dan disiarkan pada 5/5/12. Beliau ialah Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Perkaderan, Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


Rencana lengkap sebenarnya boleh didapati di sini (tapi telah dipadamkan):
http://idrisahmad.wordpress.com/2012/05/05/awas-ulama-jahat/
nsibib 15


Ini pula rencana untuk mengenal 'ulama dunia'.


Mari kita kenali sedikit CIRI-CIRI ULAMA DUNIA


Berikut saya nyatakan juga ciri-ciri ulama dunia. Saya senaraikan di sini berdasarkan kitab Ulama al-Suq Ulama al-Dunya karangan al-Amin al-Haj Muhammad Ahmad sepertimana berikut:


1- Menyembunyikan ilmu dan kebenaran.
2- Cintakan dunia dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
3- Mengikut hawa nafsu.
4- Berkeinginan untuk mendampingi dan mendekati pemerintah.
5- Berpura-pura di dalam masyarakat.
6- Menjanjikan akhirat dengan dunia mereka dan di dalam kehidupan mereka melebihkan perkara-perkara dunia serta lainnya.
7- Mengkaji dan menyelidik dengan kesalahan dan kekurangan.
8- Fatwa dengan mengikut syahwat.
9- Dengki dan benci serta tidak insaf.
10- Berbeza amalannya dan kata-katanya.
11- Berdolak-dalih dan berhelah.
12- Menjawab sesuatu dengan akal dan mengingkari serta bongkak untuk menerima kebenaran.


Petikan di atas adalah sebahagian dari rencana 'Ciri-Ciri dan Adab-Adab Seorang Ulama'
http://buluh.iluvislam.com/?p=65

PARTI PAS SYAITAN..???


Ciri-Ciri Parti PAS Syaitan  



Nak sebut pun takut la ni. Pasal bukan mudah untuk kita mengisytiharkan sesebuah parti itu sebagai parti Syaitan hahaha.


Terdapat ayat yang menyebut tentang ciri-ciri Parti Syaitan atau hizbussyaitan. Tujuannya adalah untuk Allah membuat perbandingan agar umat Islam dapat membezakannya serta membuat pilihan dengan tepat antara Parti Allah (Parti Islam) ataupun Parti Syaitan.

Firman Allah yang bermaksud,

"..mereka menjadikan agama (memperalatkan agama) untuk tujuan memecah-belahkan dan berklik-klik sehinga menjadi beberapa pecahan (parti-parti). Masing-masing parti pula berbangga dengan apa yang ada di sisi mereka.." - Ayat 53, Surah Al-Mukminum.

Selanjutnya Allah berfirman, maksudnya..

"Syaitan telah menguasai mereka, lalu Syaitan menjadikan mereka itu lupa kepada Allah. Lalu mereka tergolong ke dalam golongan parti Syaitan (hizbussyaitan). Ketahuilah, sesungguhnya Parti Syaitan itu parti yang rugi.." - Ayat 19, Surah Al-Mujadalah.

Ayat-ayat di atas memperjelaskan tentang ciri-ciri parti syaitan seperti berikut..

1- Pemimpin dan anggotanya memperalatkan agama untuk menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat.

2- Bersikap sombong dan berbangga dengan parti masing-masing (sehingga menganggap parti mereka sahaja yang dijamin Syurga, parti lain jahiliah dan ahli neraka.

3- Lupa kepada Allah. Yakni apabila ingin menyelesaikan masalah umat, mereka merujuk kepada teori politik sehingga sanggup bekerjasama dengan parti bukan Islam. Menolak kesepakatan dengan sesama Islam.

Demi kerana untuk meraih undi, PAS sanggup bekerjasama dengan parti-parti yang tidak Islamik seperti DAP dan PKR. Yang secara jelas dasar dan perlembangaan parti mereka tidak berlandaskan Islam. DAP menyokong PAS, sekadar mengambil kesempatan di sebalik isu-isu tertentu yang tidak berlandas dan bersemangat Islam.

Sekiranya  Pakatan Jahanam menang, mereka akan cuba menghapuskan secara sedikit demi sedikit dasar-dasar kerajaan yang menjurus kepada bangsa Melayu dan Islam. Di akhir kisah ini, Islam akan dilayan sama rata di dalam negara ini. Tiada lagi istilah Malaysia sebagai sebuah negara Islam moden dan maju.
RIZIQIN

PULAU PANGKOR TUAN RUMAH 'PANGKOR WORLD JETRACE CHALLENGE 2012'



Buat julung-julung kalinya, Pulau Pangkor akan menjadi tumpuan peminat sukan air tempatan dan antarabangsa apabila dipilih sebagai tuan rumah penganjuran ‘Pangkor World Jetrace Challenge 2012 (PWJC) pada 14 dan 15 Julai depan.
Berlangsung di Pantai Pasir Bogak, acara itu juga sebagai tarikan Tahun Melawat Perak 2012 selain mempromosikan Pulau Pangkor sebagai hub sukan air di peringkat nasional dan rantau Asia Tenggara.


Pengerusi PWJC, Khairul Azwan Harun, berkata setakat ini, 14 pasukan sudah mengesahkan peryertaan yang diwakili pelumba tempatan dan antarabangsa antaranya dari United Kingdom, Filipina, Brunei, Singapura dan Indonesia.
“Pelumba jet ski bertaraf antarabangsa yang juga anak jati Pangkor, Mohd Nur Azahari atau lebih dikenali sebagai Eddy Pangkor turut bakal beraksi dalam cabaran itu yang mendapat sokongan padu daripada kerajaan negeri.