Showing posts with label DUIT SYILING. Show all posts
Showing posts with label DUIT SYILING. Show all posts

Saturday, 30 June 2012

SYILING LAMA BERNILAI RM16 JUTA..!!!

Syiling lama ‘bernilai’
Abdul Rahman menunjukkan syiling lama tahun 1734 yang ada dalam simpanannya sejak lebih 10 tahun lalu.


KUALA LUMPUR - Warga emas ini bukanlah seorang pengumpul barangan antik mahupun menjadikan pengumpulan syiling lama sebagai hobi.

Namun, dia merasa terpanggil untuk berkongsi, mengenai sekeping syiling yang berada dalam simpanannya sejak lebih 10 tahun lalu, apabila tersiarnya berita dari Kelantan bertajuk ‘Syiling lama cecah RM16 juta’ pada 27 Jun lalu.

Bekerja sebagai pemandu peribadi, Abdul Rahman Ahmad, 56, berkata, syiling yang dikatakan bernilai RM16 juta itu adalah dari tahun 1770, tetapi yang ada dalam simpanannya adalah syiling yang sama, tetapi tahun 1734, 36 tahun lebih lama.

Menurutnya, dia memperoleh syiling tersebut daripada adik iparnya yang mempunyai lima syiling sama pemberian daripada seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) 10 tahun dulu.

“Saya ingat lagi, ketika dia beri, dia suruh saya simpan, katanya, syiling lama ini mungkin boleh membantu ketika saya terdesak. Bukanlah saya terdesak mahu menjualnya, tapi jika tawaran lumayan, mungkin boleh dipertimbangkan. Jika ada yang berminat untuk tengok saja, juga boleh jumpa saya,” katanya.

Katanya yang kini menetap di Gombak, difahamkan syiling berkenaan dijumpai oleh pekerja kontraktor warga asing pembinaan bangunan di kawasan Bukit Bintang berpuluh tahun dulu.

Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, seorang pesara tentera mendakwa memiliki syiling berusia 242 tahun yang nilainya dikatakan boleh mencecah RM16 juta sekiranya dilelong di pasaran Amerika Syarikat.

Thursday, 28 June 2012

SYILING (CELTIC) ZAMAN BESI DITEMUI

Pakar arkeologi, Neil Mahrer dari badan amanah bebas bertanggungjawab ke atas penemuan artifak, Jersey Heritage, memeriksa duit syiling yang ditemui di Jersey, Perancis, baru-baru ini. - Agensi


LONDON  - Usaha selama 30 tahun oleh dua orang pencari harta karun akhirnya berbaloi dengan penemuan sejumlah besar wang syiling zaman besi yang dianggarkan bernilai kira-kira 10 juta pound (RM50 juta).

Penemuan syiling Celtic di ladang pertanian di Jersey oleh kedua-dua pencari harta tersebut, Reg Mead dan Richard Miles merupakan yang terbesar pernah berlaku dengan jumlah 30,000 hingga 50,000 keping syiling perak dan sekeping syiling emas.

Berat kesemua syiling terbabit dianggarkan mencecah satu tan dan setiap syiling mempunyai nilai sehingga 200 pound (RM995).

Syiling itu dipercayai ditanam kira-kira 2,000 tahun dahulu oleh puak Celtic yang dikenali sebagai Coriosolitae ketika tentera Roman pimpinan Julius Caesar menyerang Pulau Channel, kini terletak di utara Perancis.

Mead dan Miles memulakan pencarian harta tersebut selepas mendengar khabar angin mengenai seorang petani terjumpa syiling lama di kawasan terbabit.

Pasangan pencari itu menggunakan pengesan besi yang kuat dalam usaha mencari lebih banyak harta karun di kawasan terbabit.

Namun selepas melakukan pencarian besar-besaran, mereka hanya menemui 120 syiling pada Februari lalu.
"Pada minggu lalu, mesin pengesan itu menunjukkan petanda yang kuat dan kami dengan segera memaklumkan kepada ahli arkeologi profesional untuk membantu kami.

"Saya sangat terkejut penemuan ini kerana kami sudah mencarinya sejak 1959 dan tidak pernah menemui syiling yang banyak sebegini," kata Mead, yang turut merahsiakan lokasi sebenar penemuan itu. - AGENSI