Friday, 20 April 2012

PENYOKONG PR TEPUK DAHI : ANUAR SHAARI DEDAH 18 SURAT BUKTI ANWAR MINTA BANTUAN ASING..!!! EDISI I

AIDCNews  – 18 pucuk surat-surat yang dihantar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kepada ahli Senator, Kongres, dan Ketua-Ketua yayasan strategik berkaitan demokrasi dan pilihan raya di Amerika Syarikat (AS) adalah bukti Ketua Umum PKR itu meminta pihak asing untuk campur tangan dalam sistem pilihanraya Malaysia, kata Anuar Shaari.
Anuar yang juga bekas Setiausaha Sulit Anwar berkata jika pilihanraya Malaysia tidak telus mana mungkin pembangkang mendapat jumlah kerusi yang banyak di parlimen dan menguasai beberapa negeri tertentu di negara ini.
“Ini satu fitnah untuk memburuk-buruk pemimpin dan negara di kaca mata dunia. Dia menuduh Malaysia mengamalkan pemerintah ‘autoritarian’, padahal dia bebas berceramah dan keluar negara memburuk-buruk negara.
“Dalam negara, dalam partinya, apakah dia pengamal demokrasi tulin, sedangkan ahli yang tidak setuju dengan polisinya akan dipecat”, katanya.
Lobi-lobi Anwar
Anuar ketika dihubungi berkata lobi-lobi Anwar kepada pihak luar sudah bermula sejak beliau dipecat dari UMNO pada tahun 1998.
“Itu stail dia. Sebelum ini sudah ada surat menyurat dihantar kepada kenalannya di luar negara selepas dipecat dari UMNO pada tahun 1998.
“Dia tulis secara prejudis, menceritakan pemecatannya kerana faktor politik, tetapi tidak menceritakan kes moral yang sedang dihadapinya
“Dia beri gambaran negatif supaya pihak asing akan bersangka buruk kepada Malaysia”, katanya.
Ketika ditanya, kenapakah perlu Ketua Umum PKR menghantar surat-surat ke luar negara, Anuar berkata, “untuk menagih simpati pihak asing, membantunya di Malaysia..mungkin bantuan kepakaran atau dana”.
Kenal Pasti Individu
Menurutnya lagi, Anwar telah mengenalpasti individu-individu tertentu untuk dihantar surat dan bermungkinan individu itu dikenali melalui rangkaian Paul Wolfowitz, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS dan Carl Gershaman, Presiden NED (National Endowment for Democracy) sudah lama dikenali.
“Dia telah kenal pasti kepada siapa surat itu perlu dihantar. Mungkin individu-individu itu sudah mempunyai rekod tidak senang dengan Malaysia, jadi dia berpenanan menambahkan ‘minyak dalam api’.
“Mungkin, Paul Wolfowitz dan Carl Gershman buka jalan untuk Anwar mengenali individu-individu tertentu kerana hubungan Anwar dengan dua tokoh Yahudi itu sudah lama terjalin”, katanya.
Anuar diminta mengulas pendedahan laman ini yang membongkar 18 pucuk surat-surat ditandatangani oleh Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat dihantar pada 7 Mei 2007, 31 Mei 2007 dan 25 Julai 2007.
Surat bertarikh 7 Mei 2007 dihantar kepada dua Senator, iaitu Senator Thomas Craig dan Senator Susan Collins serta dua ketua yayasan iaitu Mr. Vidar Helgesen, Setiausaha Umum International Institute for Democracy and Electoral Assistance (International IDEA) dan Richard W. Soudrìette, Presiden dan Pengarah Urusan International Foundation for Electoral Systems (IFES).
Menurut laman palgrave-journals.com, IDEA, IFES adalah badan-badan yang diistilahkan ‘key democracy‘ sebaris dengan National Endowment for Democracy (NED), Freedom House (FH), United States Agency for International Development (USAID), Transparency International (TI) dan United Nations Development Program (UNDP).
Laman rightweb menyebut IFES menerima dana daripada NED untuk melaksanakan operasinya.
Rangkaian Demokrasi Dunia
Malah laman pinkindustry.wordpress.com menyediakan carta yang menunjukkan peranan dan rangkaian NED yang berhubung kait dengan George Soros dan rangkaian-rangkaian lain.
Surat Anwar bertarikh 31 Mei 2007 dihantar kepada seorang speaker, 5 orang senator dan 7 orang ahli kongres A. Mereka adalah; Speaker Nancy Pelosi, Senator Joe Biden, Senator Barbara Boxer, Senator Bill Nelson, Senator Richard Lugar, Senator Lisa Murkowski, David Drier, Dana Rohrabacher, Donald A Manzullo, Gregory Meeks, Eni Fa’aua’a Hunkin Faieomavaega Jr, Tom Lantos dan Ileana Ros-Lehtine.
Manakala, surat bertarikh 25 Julai 2007 pula dihantar kepada seorang individu iaitu bekas Presiden AS, Jimmy Carter (One Copenhìll).
Surat kepada Jimmy Carter itu turut dibuat salinan kepada Al Gore, bekas Naib Presiden AS.
Dalam surat Anwar kepada Richard W. Soudrìette Presiden dan Pengarah Urusan IFES, Ketua Umum PKR itu melaporkan perkembangan politik di Malaysia yang didakwanya ‘kekurangan demokrasi’ yang diistilahkan sebagai diperintah oleh parti pemerintah ‘autoritarian’ yang telah berkuasa selama setengah abad.
Anwar memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh pertumbuhan ekonomi negara ini semakin merosot sejak tahun-tahun kebelakangan ini, yang didakwanya berpunca dari penipuan, salah laku dan rasuah.
Di samping itu, beliau turut menuduh ketidakbebasan sistem media dan kehakiman Malaysia yang disifatkan sebagai sistem yang tunduk kepada hawa nafsu Perdana Menteri.
Lapornya lagi, masyarakat sivil juga tidak bebas, dakwanya disekat oleh undang-undang yang ketat.
“Saya sedar tentang gerak kerja IFES di seluruh dunia dalam membantu pembangunan masyarakat sivil dan bantuan pilihanraya. Saya kagum dengan gerak kerja yang anda telah berjaya lakukan dan saya mempelawa anda untuk memulakan perbincangan bagaimana membawa pengalaman luas IFES ke Malaysia” kata Anwar.

Manakala dalam surat Anwar kepada Senator Susan Collins, Ketua Umum PKR itu membuat dakwaan-dakwaan yang sangat negatif terhadap pemimpin dan kerajaan Malaysia sepertimana yang ditulis kepada Richard W. Soudrìette di atas.
“Saya menulis surat kepada anda mewakili aspirasi parti politik dan NGO yang beroperasi di Malaysia. Kami telah lama mengharapkan satu perubahan dan kami merasakan inilah masanya untuk membawa semua usaha kami satu hasil untuk memberi kepada rakyat Malaysia apa yang mereka sepatutnya layak dapat – sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepada mereka.
“Ketika saya tinggal di Washington DC saya telah berpeluang bertemu dengan beberapa orang penggubal undang-undang dan NGO-NGO yang komited untuk menyokong masyarakat sivil, menggalakkan ketelusan dalam proses pilihan raya, dan menyokong pembangunan institusi demokratik di seluruh dunia.
“Saya percaya perkara ini boleh dilakukan dengan agak berkesan melalui sokongan institusi dan penglibatan politik. Oleh itu, saya meminta pertimbangan anda untuk membangkitkan isu ini di kalangan rakan-rakan anda dan untuk menerangkan kepada mereka tentang peranan yang boleh dimainkan Malaysia di rantau ini serta di seluruh dunia sebagai sebuah negara etnik, makmur, stabil dan demokratik”, kata Anwar.
Bacaan lengkap surat Anwar itu, sila lihat lampiran di bawah.


............IKUTI EDISI II

ANTARA PELARIAN SYRIA DAN 'PERKHEMAHAN' DI DATARAN MERDEKA.....

12,500 pelarian Syria Berlindung Di Jordan - PBB 

PERBANDINGAN....


'Kami Tak Pasti Siapa Yang Serang' 

Gambar atas :
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam melaporkan jumlah pelarian Syria yang mendapatkan perlindungan di Jordan kini hampir 12,500 orang pada bulan ini.
Suruhanjaya Tinggi PBB Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dalam laman webnya berkata, jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat.
“Kerajaan Jordan dan UNHCR percaya masih terdapat berpuluh-puluh ribu rakyat Syria yang terdedah kepada bahaya di negara bergolak itu,” katanya. – AFP

Gambar bawah : 
Kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang berkampung di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu. ‘Perkampungan’  di Dataran Merdeka itu dilakukan selepas kumpulan mahasiswa tersebut mengadakan demonstrasi pemansuhan PTPTN dari Masjid Jame’ ke pusat beli-belah SOGO dan seterusnya ke Dataran Merdeka. – mynewshub.my

*** Pelarian Syria mendapatkan perlindungan di Jordan kerana tanahairnya bergolak akibat konflik yang tercetus antara rejim Assad dan Angkatan Tentera Bebas Syria (FSA) yang mengkibatkan angka korban yang sangat tinggi...
*** Mahawiswa/wi yang berkampung di Dataran Merdeka dan mendirikan khemah... bukanlah pelarian akibat konflik yang tercetus di universiti tempat mereka belajar, tetapi gara-gara mengadakan demonstrasi untuk memansuhkan PTPTN... tetapi setakat ini, masih belum ada yang terkorban!!! 

ZAHIDA RAFIK ISTERI KEDUA SHAFIE APDAL..???

Benarkah Zahida Rafik Isteri Shafie?

PENAMPILAN bekas pemandu pelakon Zahida Rafik, Noor Azman Azemi bersama-sama dengan Ketua Wanita PKR, YB Zuraida Kamarudin di Parlimen kelmarin dilihat bakal membongkar satu lagi salah laku membabitkan pemimpin tertinggi UMNO iaitu Naib Presidennya sendiri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal.
Dakwaan bahawa Shafie mempunyai skandal dengan artis cantik molek kacukan Melayu-Pakistan ini memang menarik untuk diperkatakan. Apatah lagi bila ia juga membabitkan sejumlah wang yang besar yang didakwa Azman dibayar oleh Shafie kepada Zahida setiap bulan.
Tapi dalam masa yang sama penulis tidak boleh menolak dari berasa curiga dengan niat Azman menggunakan pemimpin Pakatan Rakyat untuk membuat pendedahan ini, kerana kelihatannya Azman cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan Zuraida.
Berdasarkan maklumat penulis, Shafie dengan Zahida dikatakan telah bernikah di London tidak beberapa lama dahulu. Antara punca kenapa Zahida menghilangkan diri dari dunia artis secara tiba-tiba juga dikaitkan dengan pernikahan tersebut.
Penikahan ini dirahsiakan demi menjaga hati isteri pertama Shafie, Datin Seri Shuryani binti Shuaib dan 6 orang anak mereka. Dalam erti kata lain, Zahida adalah isteri kedua Shafie.
Benarkah begitu???
Kisah selanjutnya.... di suarapakatanrakyat

Thursday, 19 April 2012

BILA DEMO PTPTN BERMANDI DARAH....SAPA SURUH CARI MASALAH..???


BERLAWANAN dengan sangkaan banyak pihak, ‘serangan’ awal pagi yang ditujukan kepada sekumpulan pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka awal pagi tadi bukanlah disebabkan oleh penyokong mana-mana parti politik.

Sebaliknya berdasarkan maklumat yang penulis terima, ia dilakukan oleh sekumpulan ‘penduduk Flat Kg Kerinchi’ yang tidak berpuas hati dengan Adam Adli kerana campur tangan dalam proses pemindahan penduduk di kawasan mereka tempoh hari.

Tindakan Adam Adli yang cuba menjadi hero dalam kejadian pada 2hb April 2012 itu telah menyebabkan projek pembangunan Flat tersebut yang sudah semakin uzur itu, tertangguh hingga kini dan menyusahkan majoriti penduduk disitu.  Dalam kejadian tersebut Adam Adli mendakwa ditumbuk dan mendapat kecederaan kecil sebelum diselamatkan oleh pihak polis.

Rasa tidak puas hati itulah yang membawa kepada kejadian awal pagi tadi yang hampir menyebabkan ketegangan antara dua pihak berlawanan atau dalam bahas Inggerisnya di panggll ‘unfinished business’.

Tapi itu tidak bermakna penulis menyokong perbuatan melanggar undang-undang yang dilakukan oleh mana-mana pihak terbabit.  Cuma, kita perlu menjelaskan disini sebelum ada yang menuduh UMNO atau polis menjadi dalang di sebalik serangan tersebut.

Kita faham sangat dengan modus operandi pembangkang atau mana-mana pihak yang dinaunginya.  Adalah biasa bagi mereka meletakkan kesalahan kepada UMNO dan kerajaan setiap kali sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas mereka.  Walaupun hakikatnya masalah itu adalah disebabkan oleh mereka sendiri.

Itupun, dalam sidang media yang diadakan oleh kumpulan ini di Dataran Merdeka sebentar tadi, mereka sempat menuduh polis menzalimi mereka kerana tidak datang membantu dalam serangan awal pagi tadi.  Walhal pihak polis memang ada di tempat kejadian tapi menghadapi kesulitan untuk meleraikan pergaduhan tersebut akibat dari jumlah yang terlibat agak ramai.

Rasa penulis, kerajaan dan polis pun tidak berminat untuk masuk campur dalam soal budak-budak yang semakin kehilangan arah ini.  Arah ‘perjuangan’ mereka itupun semakin huru hara.  Dari matlamat asal untuk memperjuangkan pemansuhan PTPTN, bertukar dan bercampur baur dengan pelbagai isu lain yang tidak berkaitan.

Takkanlah polis nak membazirkan sumber dan tenaga untuk memastikan keselamatan budak-budak yang mencari masalah sendiri ini.  Di luar sana ada lebih ramai rakyat yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan dari pihak polis.  Tidak ada siapa yang memaksa mereka mendedahkan diri kepada bahaya seperti itu, itu adalah pilihan masing-masing.

Benarlah kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, siapa suruh cari masalah? -Beruang

MAHASISWA BERGADUH DI DATARAN MERDEKA...SIAPA YANG AJAR MEREKA MENJADI SAMSENG..???

GEMPAR: Video Mahasiswa Bergaduh Di Dataran Merdeka

Sekumpulan antara 30 hingga 40 individu yang tidak dikenali menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.
Siapakah kumpulan itu masih belum dapat dikenalpasti. Namun dari segi usia, kelihatan kumpulan itu hampir sebaya dengan kumpulan mahasiswa yang berkhemah di dataran berkenaan.
Rakaman video memperlihatkan kedua pihak termasuk para mahasiswa bertikam lidah selama beberapa minit.
Namun tidak ada sebarang insiden buruk yang berlaku walaupun keadaan kelihatan agak tegang.
Polis yang tiba sejurus selepas kejadian berusaha meredakan keadaan namun menghadapi kesukaran disebabkan jumlah yang terbabit di kedua pihak agak ramai.
Mahasiswa berkenaan adalah sebahagian daripada peserta demonstrasi menuntut pendidikan percuma yang dibuat Sabtu lalu.
Walaupun demonstrasi berkenaan gagal sepenuhnya, namun sebahagian peserta demobertindak menjadikan kawasan dataran umpama milik ibu bapa mereka dengan mendirikan khemah dan enggan berganjak.

*** Belum habis belajar.. dah tunjuk perangai samseng.... Macam ni kah bakal pemimpin masa depan yang Malaysia ada??? Kalau diri sendiri pun tidak mampu utk dipimpin, apakah mereka mampu untuk memimpin sebuah keluarga, masyarakat ... negeri dan negara..??? Hanya kerana menuntut penghapusan PTPTN mereka sanggup membuang masa dan 'menyemakkan' pandangan Dataran Merdeka.... Mahukah mereka melakukan perkara yang sama untuk membantah dana Yahudi yang disalurkan ke demo Bersih 3.0..???

PKR DEDAHKAN SKANDAL ZAHIDA RAFIQ DAN SHAFIE APDAL!!!

Skandal Zahida Rafik Dan Shafie Apdal Didedahkan PKR

Semakin hampir pilihanraya, apa sahaja boleh dijadikan modal untuk tujuan politik. Free Malaysia Today melaporkan hari ini ahli parlimen Ampang yang juga wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin meminta penjelasan daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Datuk Shafie Apdal mengenai skandalnya dengan Artis Zahida Rafik.

Adakah benar? Kita nantikan pengakuan dari pelakon terkenal Zahida Rafik yang telah didedahkan rahsia hubungannya bersama Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.

Terdahulu, pemandu peribadi Zahida iaitu Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu juga pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.



“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.”

“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.”

“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida.”

Laporan polis ini telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini. Melalui siasatan Zuraida, terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.

Zuraidi juga turut mendedahkan, Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Persoalan Zuraida, bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu?

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara. Kini dilanda lagi bukan sekadar gossip tetapi laporan polis turut dibuat sebagai balasan laporan Zahida Rafik yang menuduh pemandu peribadinya melarikan wang RM200,000.

“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.


“Bagi saya apabila gosip mengatakan saya dibela oleh VVIP ia satu penghinaan. Saya bukan perempuan simpanan. Sebagai anak bongsu dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama, ayah tidak membenarkan saya tinggal sendirian selagi belum berkahwin.” – Ya, kami percaya. Jadi kita tunggu apa komen balas dari Zahida Rafik dan Pak Menteri ya.

Sumber: OhArtis 

GEMPAR!!! MANGSA RADIOAKTIF MERUNGUT DARI 'SYURGA'..???




Sekali lagi Sin Chew Jit Poh dan Guong Ming Daily menyiarkan iklan mengenai ‘mangsa’ radioaktif kilang Asian Rare Earth (ARE).  Iklan satu muka penuh tersebut disiarkan masing-masing di muka 18 dan 7 yang pastinya berjumlah lebih RM100,000 lagi, bertujuan merayu sumbangan RM10 dari kaum Cina bagi menentang operasi Lynas di mahkamah.  

‘Mangsa’ tersebut, Cheah Kok Leong yang dilahirkan terencat akal dan cacat fizikal telah pun meninggal dunia hampir tiga minggu lepas.  Namun, mendiang kini tidak tenang dan masih berdendam kerana tidak dapat membuktikan bahawa bekas kilang tempat ibunya bekerja, iaitu ARE adalah punca kecacatannya dan mungkin juga kematiannya.  

Dan kini, seperti yang dipaparkan oleh iklan satu muka tersebut, mendiang sedang merungut kerana telah mati!  (Complaints from heaven:  I don’t want to die yet!!)  Hebat sekali penangan radioaktif ARE sehingga walaupun sudah mati, masih lagi boleh berhubung dengan kita semua.  

Sudah menjadi sikap pihak anti kerajaan untuk merungut mengenai segala-galanya.  Kerana itu, walaupun berada di syurga, mereka masih lagi merungut.  

Mungkin juga syurganya tidak begitu selesa kerana mendiang adalah dari jenis tak reti bersyukur.  Mana tidaknya, sepatutnya orang yang sudah sampai ke syurga tidak ada penyesalan, tetapi mendiang masih ingin terus hidup di dunia walaupun dalam kecacatan.  Justeru, mendiang telah ditempatkan di syurga paling lekeh - agaknya.  

Sepatutnya, sebelum pihak Jawatankuasa Selamatkan Malaysia (Save Malaysia Committee (SMC)) bercakap mengenai Lynas dan mempermainkan mendiang Kok Leong, mereka harus terlebih dahulu membuktikan bahawa Kok Leong cacat dan akhirnya meninggal dunia disebabkan oleh pendedahan radioaktif dari kilang ARE.   

Oleh itu, jika benar SMC adalah sekumpulan manusia yang ikhlas berjuang, prihatin dan bertanggungjawab, mereka wajib mengusahakan agar satu bedah siasat dilakukan bagi mengenalpasti punca kecacatan dan kematian Kok Leong sebelum memperalatkan mendiang bagi merayu sumbangan yang sebenarnya mereka tidak perlu pun.  

Adalah tidak mungkin pihak yang mampu mengeluarkan wang sebegitu banyak untuk menempah ruang iklan dan menggerakan demonstrasi besar-besaran, tidak mampu menanggung kos perundangan.

Kini, Kok Leong telah pun berada di syurga dan apa yang tinggal hanyalah rekod mahkamah iaitu “tiada bukti kilang ARE menjadi punca kecacatan Kok Leong”.  

Walaupun isu ini bukanlah isu Kok Leong atau ARE, tetapi demi mencapai tujuan mereka, pihak SMC telah mempergunakan Kok Leong sehingga mendiang menjadi tidak tenang di syurga.  

Tindakan SMC ini tiada bezanya dengan tindakan DAP mempergunakan mendiang Teoh Beng Hock sebagai modal politik bagi mengalihkan pandangan ramai dari siasatan korupsi pemimpin mereka.  

Hakikatnya, kilang Lynas telah dibuktikan sebagai selamat oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dan kita boleh menilainya sendiri melalui bukti-bukti saintifik yang dikemukakan.  

Oleh itu, kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki bahawa pihak ini, jika tidak bertujuan memberi publisiti kepada pembangkang terutamanya DAP, maka kemungkinan besar mereka sebenarnya ditugaskan untuk memastikan kilang Lynas tidak beroperasi di Malaysia dengan apa cara sekalipun agar monopoli nadir bumi negara China tidak terjejas. SUMBER