Showing posts with label PEDANG SAMURAI. Show all posts
Showing posts with label PEDANG SAMURAI. Show all posts

Wednesday, 29 August 2012

KETIKA AMUK TAK PAKAI TOPENG, HADIR PERBICARAAN BERTOPENG POWER RANGERS....!!!!

Kes amuk: Muhdalena hadir di mahkamah pakai topeng Power Rangers

Muhdalena Ahmad

Muhdalena Ahmad, 28, memakai topeng ketika meninggalkan perkarangan Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.

Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.

Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.

Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa.

Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.

Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.

Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.
 
Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.


Amuk di JPM





Monday, 16 July 2012

MUHDALINA HADAPI 2 PERTUDUHAN


PUTRAJAYA  - Wanita yang mengamuk bersama seorang lelaki dengan bersenjatakan pedang samurai di perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini minggu lepas, hari ini didakwa atas dua tuduhan iaitu ugutan jenayah dan membawa pedang.

Muhdalena Ahmad, 28, yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu.

Muhdalena didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya yang bersidang di wad ortopedik Hospital Putrajaya di mana dia sedang menerima rawatan akibat daripada kecederaan yang dialaminya dalam kejadian amuk itu.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia dituduh melakukan kedua-dua tuduhan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lepas.

Bagi tuduhan pertama, Muhdalena, dari Kota Damansara, Petaling Jaya, didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Kafli Che Ali menetapkan 29 Ogos untuk sebutan kes dan membenarkan Muhdalena diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Balkiah Yazaid.

Terdahulu difahamkan dalam rayuannya, Muhdalena dalam keadaan menangis, berkata dia dan suaminya tidak bekerja dan keluarganya disara oleh ibu serta mertuanya.

Hakim bersama-sama seorang jurubahasa, pendaftar Mahkamah Sesyen dan Timbalan Pendakwa Raya diiringi beberapa pegawai polis tiba di hospital itu pada 11.55 pagi.

Sunday, 15 July 2012

'IMAM MAHADI' SEBUT ALLAH SEBAGAI 'BOSS'....KENAL MUHDALINA SEJAK DALAM KANDUNGAN...???

Khalil Afandi Panggil Allah Dengan Nama 'Bos', Kata Suami Suspek Kes Amuk Putrajaya

Ikuti temubual khas wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN, NURUL RIDUAN NOR ASHAHA dan jurugambar AZMI ARYANTO bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29, merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut.
Bagaimana sifat dan sikap Muhdalina sebelum mengenali Khalil Afandi?
Muhdalina adalah seorang isteri yang taat pada suami. Tidak pernah melawan dan seorang ibu yang penyayang. Pergaulan dan hukum agama tidak dipandang ringan. Sehelai rambut pun orang lain tidak dapat melihat melainkan saya sendiri.
Dia juga seorang yang ceria dan semua itu berubah selepas dia mengenali Khalil Afandi, tanpa pengetahuan saya.
Dia seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukan termasuk apa yang dituturkan.
Bagaimana permulaan perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi?
Perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi bermula dua minggu sebelum kejadian amuk di Putrajaya. Sebelum ini saya tidak tahu dia sudah mengenali dan menghubungi Khalil Afandi melalui blog dan Facebook.
Saya buta teknologi maklumat (IT) dan tidak mengetahui perhubungan tersebut. Muhdalina berurusan dengan Khalil Afandi hanya ketika bekerja di pejabat, sebuah syarikat di Pelabuhan Klang.
Seminggu kemudian, baru saya tahu mereka berkenalan
antara satu sama lain. Ketika itu Muhdalina bertanyakan soalan; “Abang percaya ada lelaki hidup 1,000 tahun?” “Abang percaya bumi terbelah bila ditumbuk lelaki?” “Ada lelaki boleh tembus dinding?”
Saya menafikan soalan itu, namun Muhdalina mengiakan dan memberitahu Khalil Afandi boleh melakukan semua itu. Saya bertanyakan siapa lelaki itu dan dia menjawab Khalil Afandi adalah imam Mahdi.
Ketika itu saya hairan mengapa Muhdalina berubah dan begitu taksub dengan lelaki tersebut.
Bila Mohd Irwan dan isteri tinggal sebumbung dengan Khalil Afandi?
Kami ‘berpindah’ ke rumah Khalil Afandi di Sri Kembangan pada malam Khamis iaitu empat hari sebelum tragedi amuk.
Muhdalina mendesak saya supaya membenarkan dia tinggal bersama Khalil Afandi. Saya tidak mengizinkan, tetapi dia mengugut akan menuntut cerai sekiranya dihalang. Saya tidak sanggup untuk berpisah jadi saya membenarkan dengan syarat saya menemaninya.
Sebelum hasrat itu disuarakan Muhdalina, dia menceritakan kepada saya bahawa Khalil Afandi sudah mengenalinya sejak dalam kandungan. Saya jadi bingung dengan kenyataan Muhdalina.
Bagi meyakinkan saya lagi, Muhdalina juga memberitahu, Khalil Afandi pernah bermimpi bertemu dengan seorang wanita berbaju kurung merah, mempunyai dua orang anak dan wanita itu adalah insan yang akan berjuang bersamanya bagi menegakkan keadilan.
Khalil Afandi mengatakan bahawa wanita itu adalah Muhdalina memandangkan kami mempunyai dua cahaya mata selain Muhdalina memiliki baju kurung berwarna merah.
Disebabkan itu, Muhdalina tekad untuk bersama dengan Khalil Afandi untuk berjuang. Kerana sayang, saya turuti kemahuan Muhdalina untuk tinggal bersama Khalil Afandi dan isterinya.
Keesokan harinya, Muhdalina menghantar surat berhenti kerja melalui e-mel kepada majikannya.
Apa yang berlaku sepanjang empat hari di rumah Khalil Afandi?
Ketika sampai di rumah itu, Khalil Afandi terus menjerit dan bertanya kepada saya, “Kenapa kamu tidak sembahyang? Aku tidak boleh tinggal serumah dengan orang yang tinggalkan sembahyang!”
Khalil Afandi juga mengatakan atas faktor itu, dia tidak bercampur dengan orang ramai kerana khuatir akidah terjejas.
Saya terkejut dan timbul sedikit kepercayaan kepada lelaki itu berikutan saya belum menunaikan solat (ketika itu).
Bagaimanapun, semua itu terhakis selepas Khalil Afandi mengatakan saya hanya perlu solat pada waktu malam dan bukannya waktu siang.
Mendengar penjelasan itu, rasa sangsi terhadap lelaki itu kian menebal.
Keadaan Khalil Afandi ketika itu amat pelik, bukan macam orang normal dan saya lihat dia sentiasa bermonolog sendirian.
Apa yang lebih pelik, dia memanggil ALLAH dengan nama ‘bos’.
Dia juga mendakwa kononnya dialah kekasih ‘bos’ yang paling tinggi. Watak Khalil Afandi juga sukar dicam. Sekejap dia menjadi amat baik, sekejap lagi dia bertukar garang. Dia juga mendakwa sering bertukar- tukar jasad, seperti dalam filem The Highlander. Dia sering mengatakan dirinya sebagai hero filem tersebut.
Dia juga sering memarahi isterinya secara melampau, sehinggakan saya lihat isteri Khalil amat takut
dengannya.
Bagaimana pula dengan keadaan Muhdalina?
Saya lihat isteri saya bukan seperti insan yang saya kenali. Dia tidak sedar dengan apa yang dilakukannya. Diaseperti dipukau. Dia taksub dengan apa yang dilakukan Khalil Afandi. Apabila sampai ke tahap itu, saya sudah mula syak bahawa dia membawa ajaran songsang dan berfikir untuk membuat laporan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), tetapi tidak sempat.
Apa yang membuatkan saya pasti Khalil Afandi membawa ajaran sesat apabila dia berkata manusia tidak perlu solat, syurga neraka tidak ada, jangan ikut Nabi Muhammad SAW dan bertegas hanya dia seorang sahaja yang boleh masuk syurga.
Pada ketika itu, saya cuma boleh memikirkan keadaan isteri saya, saya amat risau keadaannya kerana isteri saya amat taksub kepada Khalil Afandi sehingga boleh disifatkan tidak normal.
Apa yang Mohd Irwan lakukan untuk menghalang tindakan isteri sebelum pergi lebih jauh?
Saya pernah mengajaknya untuk pulang dan menjelaskan keadaan yang sebenar tetapi tidak berjaya.
Muhdalina sekali lagi meminta saya supaya tidak menghalangnya untuk berjuang dan dia memaklumkan akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya tegah tetapi dia sekali lagi menuntut cerai. Saya pasrah demi keselamatan isteri.
Saya tegaskan di sini, saya tidak mampu untuk membiarkan isteri tinggal bersendirian dengan Khalil Afandi kerana risau akan keselamatannya. Memandangkan keadaan Khalil Afandi yang dilihat seperti orang tidak normal.
Khalil Afandi juga sering berkata kepada isterinya, “Aku akan bunuh kamu” sekiranya permintaannya tidak dituruti.
Boleh ceritakan bagaimana peristiwa amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) berlaku?
Saya mengaku, saya dan isteri Khalil Afandi yang menghantar mereka berdua ke Putrajaya.
Ketika di rumah, saya tersedar daripada tidur selepas mendengar jeritan Khalil Afandi kepada isterinya, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Tanpa berlengah, saya terus bangun dan hanya sempat mencuci muka untuk bersama-sama mereka bertiga.
Saya lihat Khalil Afandi membawa dua bilah pedang yang dibalut kemas. Saya dan Muhdalina bersama seorang anak lelaki Khalil Afandi, berusia 9 tahun, duduk di belakang.
Khalil Afandi duduk di bahagian penumpang hadapan manakala isterinya memandu kereta jenis Proton Gen 2 berwarna emas.
Khalil Afandi memegang erat dua bilah pedang tersebut. Setibanya di Putrajaya, Khalil Afandi mengarahkan kenderaan berhenti di Dataran Putra, kira-kira jam 1 petang.
Khalil Afandi bersama Muhdalina turun dan kami diarahkan pulang, jika tidak kami akan dibunuh.
Selepas itu saya tidak mengetahui sebarang berita mengenai mereka berdua sehinggalah Muhdalina menghubungi isteri Khalil Afandi dan memberitahu suaminya ditembak polis.
Ketika itu saya tidak mengetahui Muhdalina turut terkena tembakan dalam kejadian tersebut.
Kira-kira jam 4 petang, saya bergegas ke Hospital Putrajaya selepas mengetahui Muhdalina turut tercedera terkena tembakan di paha kanan.
Bagaimanapun, saya tidak dapat bertemu dengannya kerana kawalan ketat polis dan saya diarahkan untuk berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Putrajaya, AsistenKomisioner Abdul Razak Abdul Majid. Selepas itu, baru saya dibenarkan melawat Muhdalina yang masih mendapatkan rawatan di unit kecemasan. Muhdalina ketika itu sedar tetapi kelihatan seolah-olah masih belum berada di dunia nyata.
Di sebelah Muhdalina pula terdapat jenazah Khalil Afandi.
Muhdalina seperti tidak tahu terlibat dalam kejadian amuk
Bagaimana dengan keadaan Muhdalina ketika di Hospital Putrajaya?
Ketika dia sedar, dia memohon maaf kepada saya tetapi masih tidak mengetahui apa yang berlaku.
Apabila saya ceritakan kepadanya, dia seolah-olah terkejut dan tidak mengetahui bahawa dia terlibat dalam kejadian amuk tersebut. Saya tunjukkan laporan dan gambar pada sebuah akhbar sebagai bukti. Dia terdiam malah terus memejamkan mata.
“Abang, saya tidak tahu. Itu bukan saya…saya tidak buat semua itu.” Itulah kata-kata yang terpacul dari mulut Muhdalina selepas dia melihat laporan akhbar tersebut.
Kesihatan Muhdalina ketika ini stabil. Doktor memaklumkan peluru yang tertanam di pahanya tidak boleh dikeluarkan kerana mungkin boleh menyebabkan kecederaan lebih parah.
Bagaimana perasaan Mohd Irwan bila mengetahui isteri terlibat dalam kejadian tersebut?
Suami mana yang tidak terkejut dengan kejadian ini? Saya tidak percaya dengan apa yang berlaku.
Apa yang boleh saya katakan di sini, Muhdalina tidak sedar terhadap apa yang dilakukannya. Semuanya kerana kehendak Khalil Afandi.
Saya sedih melihat keadaan dirinya sewaktu ini. Saya beranggapan dia tidak salah sepenuhnya.
Ketika kejadian, dia tidak sedar. Malah, selepas kembali normal, dia sedikit pun tidak mempercayai perbuatannya itu.
Saya meminta orang ramai tidak terus menyalahkan Muhdalina, termasuk diri saya juga kerana membiarkan perkara ini berlaku.
Jika anda berada di tempat saya…anda akan tahu apa yang saya alami. Saya tidak mampu untuk bertindak kerana khuatir dengan keselamatan diri dan isteri.
Saya minta Muhdalina tidak dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ dalam kejadian ini memandangkan Khalil Afandi meninggal dunia akibat tembakan tersebut.
Saya juga bekerjasama dengan polis dan memberikan semua maklumat yang mereka inginkan. Saya juga mengharapkan Muhdalina dapat dijamin. (SINAR HARIAN)

Friday, 13 July 2012

RAKAN AMUK NINJA 'IMAM MAHADI' PERCAYA KIAMAT DAH DEKAT, SELALU BERPAKAIAN HITAM..!!!


Muhdalina Percaya Kiamat Dah Dekat, Selalu Berpakaian Hitam

KLANG – Tiga hari sebelum dia mengamuk di Putrajaya, Muhdalina Ahmad, 28, didakwa memberitahu seorang kenalannya bahawa kiamat akan berlaku dan imam Mahadi akan muncul dalam masa terdekat.
Menurut kenalan wanita itu, mereka bertemu kali terakhir pada 6 Julai ketika Muhdalina datang ke rumahnya di sini memberitahu dia akan berpindah ke Balakong.
“Berulang kali Ina cakap hal itu (kiamat) kepada saya dan minta saya percaya. Riak wajahnya ketika itu juga sangat serius,” katanya yang meminta namanya tidak disiarkan.
Menurutnya, Muhdalina juga memberitahu dia dan keluarganya mahu berpindah ke Balakong kerana ada perkara penting yang perlu diselesaikan di sana.
“Dia juga menyatakan pertemuan kami malam itu adalah yang terakhir dan minta saya maafkan segala salah silapnya serta menghalalkan makan minumnya,” katanya.
Sumber itu berkata, dia ada bertanya kepada Muhdalina apa yang dia mahu lakukan setelah berpindah ke Balakong kerana wanita itu baru sahaja berhenti kerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di sini.
“Jawapan dia mudah saja, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana tempat tinggal barunya itu percuma. Saya sendiri sebenarnya bimbang nasib dua anaknya yang berumur dua tahun dan setahun lebih itu kerana melihat tindak-tanduknya yang begitu tergesa-gesa,” katanya.
Menurutnya, sebelum itu, Muhdalina tidak pernah menunjukkan sebarang perlakuan aneh seperti itu.
“Setelah dapat tahu penglibatan Ina dalam kejadian amuk di Putrajaya, Isnin lalu, barulah saya faham ‘perkara penting’ yang dia sebut dalam pertemuan kami Jumaat lalu,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, Muhdalina sebelum itu juga selalu berpakaian hitam. (Sinar Harian)

Thursday, 12 July 2012

'IMAM MAHADI' SEDANG MENGASASKAN AJARAN SESAT BARU.....???



Kematian seorang blogger, Khalil Afandi Abd. Hamid selepas terkena tembakan di tangan dan bawah perut Isnin lalu menyebabkan satu demi satu sisi gelap lelaki itu dibongkar dengan terbaharu dia disyaki cuba menubuhkan kumpulan ajaran sesat sendiri berdasarkan pemikiran ekstremnya.

Sumber memberitahu, siasatan lanjut polis terhadap bapa kepada seorang anak tersebut mendapati dia tidak cenderung kepada mana-mana kumpulan ajaran sesat yang sedia ada di negara ini.

Katanya, pemerhatian di laman blog milik Khalil Afandi, jayanegara1234.blogspot.com mendapati lelaki itu masih tercari-cari ideologi songsangnya tetapi menggunakan nama Imam Mahdi sebagai langkah awal menyokong tindakan melampaunya itu.

“Pemantauan kami mendapati Khalil Afandi bukan seorang pengikut ajaran sesat. Sebaliknya dia mula berjinak-jinak untuk memperjuangkan ‘sesuatu’ berdasarkan pemikiran sendiri.

“Blog milik si mati juga baru beroperasi sejak Mei lalu dan gaya penulisannya semata-mata hendak menarik minat pembaca blog Jaya Negara. Bagaimanapun, dia masih belum mempunyai pengikut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selasa lalu, Kosmo! melaporkan dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, Khalil Afandi, 47, yang menggelarkan dirinya sebagai Imam Mahdi mati selepas terkena tembakan di bawah perut dan tangan setengah jam kemudian manakala rakannya, Muhdalina Ahmad, 28, cedera di peha.

KAWASAN rumah Khalil Afandi yang sunyi

Wednesday, 11 July 2012

RAKAN AMUK 'IMAM MAHADI' SAH BINI ORANG....!!!


Muhdalena Ahmad yang ditembak ketika mengamuk bersama seorang lelaki di Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) kelmarin dikatakan sangat taksub terhadap lelaki itu walaupun baru mengenalinya.

Suaminya yang enggan dikenali juga tidak menolak kemungkinan isterinya terkena ilmu hitam lelaki berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa Imam Mahadi. “Saya tidak sangka dia sanggup mengikutnya walaupun baru mengenalinya beberapa hari lalu. Muhdalena tidak pernah berperangai pelik, tetapi dua tiga hari lalu dia berkelakuan aneh dan amat taksub terhadap lelaki berkenaan,” katanya kepada pemberi-ta di pekarangan Hospital Putrajaya, semalam.

Dikawal ketat polis, Muhdalena, 28, dikawal rapi dua anggota polis wanita. Setakat petang semalam, tiada anggota keluarga dibenarkan menemuinya kecuali suaminya yang berkesempatan menyerahkan makanan kira-kira jam 1 tengahari.

Difahamkan, wanita berkenaan meninggalkan dua anaknya bersama ibu bapanya di Kota Damansara pada Ahad lalu dengan alasan ada urusan perlu diselesaikan dalam tempoh beberapa hari.

Dalam kejadian jam 2.30 petang kelmarin, Muhdalena cedera di peha kanan, manakala lelaki bersamanya, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa Imam Mahadi mati ditembak.
Bapa Muhdalena pula berkata, beliau sekeluarga masih terkejut dan sukar menerima hakikat pembabitan anak mereka.

Ahmad Adam, 55, seorang peniaga nasi lemak, berkata beliau mengetahui kejadian itu selepas membaca laporan pembabitan anak keduanya itu di sebuah laman sosial.

“Saya hubungi telefonnya tetapi panggilan dijawab seorang anggota polis. Dia minta saya ke Balai Polis Putrajaya untuk memberi keterangan. Saya terkejut dan kecewa kerana walaupun dia belajar tinggi (lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) tetapi terjebak dalam kes itu.

“Walaupun tidak bersekolah agama sepenuhnya, dia memang belajar sedikit pasal Islam pada sebelah petang,” katanya.

Beliau ditemui ketika cuba melawat anaknya, ditemani isteri, Siti Marliah Marjunid, 55; anaknya sulungnya, Ariffin serta dua anak Muhdalena, iaitu Mohd Fariz Kharizmi, 2, dan Mia Ratisya berusia setahun lebih.

Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan melawat Muhdalena kerana difahamkan polis belum merekodkan keterangannya. Dia ditahan reman mulai semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Dalam perkembangan berkaitan, jenazah Khalil dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 2 pagi semalam untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian.

Tuesday, 10 July 2012

WANITA AMUK DI JPM GILA INTERNET...???



“Saya kecewa dia belajar tinggi tapi jadi begini.”

Demikian kata Ahmad Adam, 55, bapa  suspek wanita yang ditembak polis ekoran kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.
Menurutnya, suspek merupakan anak kedua dari empat beradik seorang yang peramah dan baik, malah sebelum ini bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di Pelabuhan Utara, Klang sebelum berhenti hujung bulan lalu. -Sinar Harian

NINJA TURTLE 'IMAM MAHADI' BUNUH DIRI KERANA BEBANAN HUTANG..???

Bermula petang semalam sehingga membawa ke lewat malam, tiada berita lain yang lebih sensasi untuk dijadikan tajuk perbualan....tumpuan ke SUKMA pun dah hilang terus....blog2 pun berlumba-lumba memaparkan trajedi berdarah dan maut itu..... Apalagi kalau bukan drama amukan oleh 2 individu, seorang lelaki dan seorang wanita yang menceroboh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya.



Berita awal mengenai kejadian tersebut <  di sini  >  
Pada malamnya pula identiti penyerang yang mengaku 'Imam Mahadi' dan mahu menggulingkan kerajaan Malaysia itu telah dikenalpasti 
di sini  >

Berikut dipaparkan VIDEO kejadian tersebut :




Penyerang dikenalpasti dengan nama penuh :

KHALIL AFANDI HAMID
650724 10 6631 (47 TAHUN)
AHLI PAS SRI KEMBANGAN SELANGOR

JUGA SEORANG BLOGGER :


IKUTI paparan yang lebih menarik dan terperinci <  di sini  >

TETAPI apa yang paling menarik mengenai kisah tersebut adalah, penyerang tersebut dikatakan mempunyai banyak hutang dan kerana tidak mampu menanggung bebanan hutang yang sangat menekan perasaannya itu, maka dia telah mengambil jalan singkat dengan cara begitu..... atau...... pihak yang menuntut hutang yang mengupah dia untuk berbuat demikian....????? Jadi, adegan drama suspen thriller yang 'dilakonkan' tanpa skrip  itu dijadikan demikian supaya ianya seolah-olah bukan mengenai hutang, tetapi untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kerajaan Malaysia  ini zalim....tidak adil...!!!

ADILKAH PERBUATAN SEDEMIKIAN ITU DIJADIKAN SANDARAN UNTUK  MENGADILI KERAJAAN...???

Fikir2kan.... renung2kan..... 

Psssstt.....betul kata Badut Rakyat, yang selalu bertakbir ketika melakukan keganasan itu memang PAS...!!!

Monday, 9 July 2012

'IMAM MAHADI' DISAHKAN MATI.... ?


Lelaki bertubuh 'gendut' yang menggelar dirinya sendiri sebagai 'IMAM MAHADI' yang melakukan serangan nekad bersama isterinya dengan menggunakan PEDANG SAMURAI sambil bertakbir dan 'merapu' kononnya mahu menggulingkan kerajaan, disahkan mati oleh pihak polis < di sini >

Malaysiakini pula melaporkan bahawa, polis mengesahkan lelaki tersebut mati akibat ditembak bahagian tangan dan ari-ari...

di sini >

Teman jadi keliru kerana laporan awal menyebut.. lelaki itu terkena tembakan yang dilepaskan, pada tangan kanan manakala pasangannya berjilbab hitam tu di peha kiri... tak ada sebut pun pasal bahagian ari-ari...

<  di sini  >


Mana satu betul ni..???
Huhu... Keliru beb!!