Thursday 12 July 2012

'IMAM MAHADI' SEDANG MENGASASKAN AJARAN SESAT BARU.....???



Kematian seorang blogger, Khalil Afandi Abd. Hamid selepas terkena tembakan di tangan dan bawah perut Isnin lalu menyebabkan satu demi satu sisi gelap lelaki itu dibongkar dengan terbaharu dia disyaki cuba menubuhkan kumpulan ajaran sesat sendiri berdasarkan pemikiran ekstremnya.

Sumber memberitahu, siasatan lanjut polis terhadap bapa kepada seorang anak tersebut mendapati dia tidak cenderung kepada mana-mana kumpulan ajaran sesat yang sedia ada di negara ini.

Katanya, pemerhatian di laman blog milik Khalil Afandi, jayanegara1234.blogspot.com mendapati lelaki itu masih tercari-cari ideologi songsangnya tetapi menggunakan nama Imam Mahdi sebagai langkah awal menyokong tindakan melampaunya itu.

“Pemantauan kami mendapati Khalil Afandi bukan seorang pengikut ajaran sesat. Sebaliknya dia mula berjinak-jinak untuk memperjuangkan ‘sesuatu’ berdasarkan pemikiran sendiri.

“Blog milik si mati juga baru beroperasi sejak Mei lalu dan gaya penulisannya semata-mata hendak menarik minat pembaca blog Jaya Negara. Bagaimanapun, dia masih belum mempunyai pengikut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selasa lalu, Kosmo! melaporkan dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, Khalil Afandi, 47, yang menggelarkan dirinya sebagai Imam Mahdi mati selepas terkena tembakan di bawah perut dan tangan setengah jam kemudian manakala rakannya, Muhdalina Ahmad, 28, cedera di peha.

KAWASAN rumah Khalil Afandi yang sunyi

No comments: