SENGAJA ATAU TIDAK, ISU SCORPENE AKHIRNYA MENDEDAHKAN ‘URUSNIAGA’ ANAK MAHATHIR SENDIRI!
(The Devoured Saviour) – Selama bertahun-tahun, Najib Abdul Razak, bahkan isterinya, Rosmah Mansor dikaitkan dengan dua buah kapal selam Scorpene milik TLDM yang dibeli dari Perancis. Selama bertahun-tahun jugalah, sebahagian besar rakyat Malaysia percaya bahawa model Mongolia, Altantuya Shiiribu dibunuh kerana skandal pembelian kedua-dua buah kapal selam tersebut.
Melihat namanya.... SUARAM... sesuai sekali singkatan kepada Suara Anak Haram.... Pembela Pakatan Haram Pembangkang yang sentiasa create fitnah dan kemudian menyebarkannya di alam cyber demi untuk memalukan dan sekaligus merealisasikan cita-cita paling besar mereka, menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.
Pada mulanya,mereka menuduh bahawa PM telah mengambil rasuah sejumlah EURO 114 juta melalui syarikat bernama Perimekar tetapi kemudiannya disahkan bahawa bayaran itu dibuat kepada Perimekar untuk menampung khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun. Oleh itu, sekiranya benar EURO 114 juta telah dibayar kepada PM sebagai rasuah dan bukan diterima oleh Perimekar, maka ini bermakna Perimekar telah memberi khidmat secara percuma selama 6 tahun yang mana tidak masuk akal sama sekali.
Isu scorpene ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau. Setelah gagal mengubah takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.
Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, SUHAKAM, Himpunan Hijau, SUARAM dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan. Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka. Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut. Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.
Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.” Seperti yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib dengan apa jua cara. Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia. Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak boleh dibentangkan secara terperinci. Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing.
KD TAR Life Firing Exorcet Missile
Jika soal pertahanan dibentangkan secara terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya. Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 billion. Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam. Bakinya, iaitu EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis.
Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002. Merujuk kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas, iaitu “kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberikan kepada syarikat Perimekar”; justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma? Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.
Secara dasarnya, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:
1) Menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.
2) Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.
3) Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.
4) Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali.
5) Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.
6) Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.
7) Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.-Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi. Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas?
Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa yang pelik dalam urusniaga ini. Yang pelik hanyalah tuduhan SUARAM dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali. Kesungguhan pihak ini untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan.
Dari cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut? Dengan RPK sudah pun mengakui yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga. Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene ini. Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan pembangkang.
SUARAM telah memulakan gendang perang untuk menyerang Kerajaan dalam isu kapal selam.
Isu Scorpene: Suaram gesa k'jaan jelas peranan Terasasi
Suaram menggesa kerajaan menjelaskan peranan Terasasi (Hong Kong) Sdn Bhd yang didakwa menjual rahsia negara kepada syarikat Perancis berhubung urusniaga RM4 bilion untuk membeli kapal selam Scorpene. "Setakat ini, perana Terasasi masih belum dijelaskan di Parlimen Malaysia.
"Kerajaan Malaysia perlu menjelaskan perkara ini dan peranan yang dimainkan Abdul Razak Baginda dalam transaksi (melibatkan kertas penilaian Scorpene)," kata penasihat Suaram Kua Kia Soong (kanan).
Abdul Razak dan bapanya merupakan pengarah Terasasi, sebuah syarikat yang muncul dalam siasatan Suaram ke atas syarikat pembina kapal Perancis, DCNS, dalam kes penjualan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia.
Terasasi didakwa menerima sejumlah 36 juta euro (RM142 juta) daripada DCNS – antara lainnya untuk 'jualan' laporan sulit melibatkan penilaian tentera laut Malaysia ke atas pesanan untuk kapal selam itu.
Kua dalam satu emel kepada Malaysiakini semalam berkata, satu inkuiri perlu dibuat ke atas dakwaan serius itu.
Apa yang ramai rakyat Malaysia tidak tahu adalah siapa di sebalik SUARAM untuk mainkan isu ini.
Dalang di belakang SUARAM bukan sebarangan pihak, tetapi pihak yang telah berjaya menjatuhkan Kerajaan-kerajaan di dunia yang tidak selari dengan Amerika Syarikat.
Untuk isu kapal selam, SUARAM telah menerima dana sebanyak USD90,000 bersamaan dari RM286,332.99 untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional. Ini buktinya.
Jika anda tidak percaya, anda boleh semak sendiri DI SINI
Nampaknya NGO pembangkang yang diterajui oleh Bukan Melayu mula main kotor untuk menumbangkan Kerajaan.
Untuk mengetahui siapa di belakang NGO ini yang berani menjual Malaysia kepada negara luar, sila tonton video ini.
HARI TU SEMASA DI LIMA 11, ZAHID DAH PELAWA UNTUK SAMA-SAMA MENAIKI KAPAL SELAM TU, TAPI DITOLAK.... SEKARANG NI PANDAI PULAK NAK BISING DAN TAK PUAS HATI...!!!! HAIYYYYAAA...LU..!!!!
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi “mempelawa” ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk bertemu dan mengemukakan bukti kepada beliau berkenaan dakwaan liar pembelian kapal selam oleh kerajaan.
"Jangan hanya berani bercakap di belakang saja, datang jumpa saya, kemukakan semua bukti untuk berbincang.
"Datang bertemu dengan saya bila-bila masa, kemukakan fakta (bukti) mengenai isu pertahanan, jangan keluarkan kenyataan di media dan melakukan pelbagai tuduhan,” katanya.
Ahmad Zahid mengulas dakwaan Pua bahawa kapal tempur pesisir pantai (LCS) telah meningkat berbilion ringgit sebaik saja tender pembinaan enam LCS diberi kepada Boustead Naval Shipyard (BNS).