Thursday 8 December 2011

GUAN ENG DAN KAPAL SELAM TAK BOLEH SELAM...!!!


Seperti yang telah dijangkakan, Lim Guan Eng akan menerima tawaran Zahid Hamidi untuk menaiki salah sebuah kapal selam TLDM Malaysia iaitu KD Tun Abdul Razak. Tawaran tersebut dibuat oleh Zahid Hamidi apabila DAP secara berterusan mendakwa kapal selam berkenaan tidak boleh menyelam dan menjalankan rutinnya selaku salah satu aset pertahanan negara.

Bagaimanapun, seperti yang dijangkakan, tawaran tersebut biarpun diterima oleh Lim Guan Eng, akan disambut dengan sinis. Guan Eng tidak akan sama sekali menarik kembali tuduhan yang dilemparkan oleh DAP menerusi mulut Tony Pua yang mana dia sendiri adalah Setiausaha Agung parti berkenaan. Sebaliknya, Guan Eng menggunakan peluang keemasan itu untuk mengukuhkan lagi tohmahan DAP.
Guan Eng mempersoalkan mengapa kerajaan atau lebih tepat lagi Kementerian Pertahanan mengambil masa selama 21 bulan untuk membuktikan kapal selam tersebut boleh menyelam apabila mempelawanya belayar bersama-sama kapal berkenaan. Kata Guan Eng, tawaran selepas 21 bulan tersebut mengesahkan bahawa kapal berkenaan memang tidak boleh menyelam. (BACA DI SINI)
Maka timbullah persoalan, apakah sebenarnya Guan Eng ingin mengatakan bahawa dia merupakan orang yang boleh mengesahkan yang kapal selam berkenaan memang boleh tenggelam dan menyelam? Dengan kata lain sebarang pembelian aset pertahanan perlu melalui Lim Guan Eng terlebih dahulu?
Sememangnya DAP cuba mendapatkan butiran tentang sistem pertahanan dan persenjataan negara menerusi ulah dan onar mereka. Tony Pua merupakan tentera Lim Guan Eng yang berusaha agar Kementerian Pertahanan mendedahkan kekuatan senjata mereka. Sehinggakan senjata atau peluru berpandu jenis apa yang digunakan oleh tentera Malaysia juga perlu didedahkan kepada awam.
DAP lebih banyak dilihat sebagai agen tentera atau negara asing berbanding sebagai sebuah parti politik yang bertanggungjawab untuk memajukan negara ini serta membela rakyatnya. Tindak-tanduk DAP tidak memperlihatkannya sebagai sebuah parti politik, sebaliknya sebagai sebuah collaborator asing yang sanggup melakukan apa-apa sahaja hatta mendedahkan sistem persenjataan negara kepada awam.
Bukan satu perkara yang menghairankan apabila DAP mengungkit atau menghalang pembelian persenjataan dan sistem pertahanan yang lebih baik berbanding negara jiran yang terletak di hujung tanah. DAP seolah-olah tidak mahu Malaysia menyaingi negara itu dalam sistem persenjataan dan sistem pertahanan.
SELANJUTNYA... KLIK DI SINI

No comments: