Saturday, 10 December 2011

ZAHID, LGE DAN KAPAL SELAM....


zahid-guan513
KEMASKINI: Seperti yang dijanjikan Lim Guan Eng datang ke pameran LIMA di Langkawi petang Jumaat dan dibawa untuk menyelam dengan kapal selam Scorpene KD Tun Razak.Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  menemuinya  di lapangan terbang (gambar) .
Bagaimanapun beliau tidak dapat turut serta menyelam bersama Ketua Menteri Pulau Pinang itu kerana terpaksa menghadiri satu acara lain.



Guan Eng menyelam bersama dua Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman dan P Ramasamy.
Sebelum itu pada jamuan tengah hari bersama media yang membuat liputan LIMA '11,Zahid berkata isu berkaitan aset pertahanan negara tidak sepatutnya dijadikan debat secara terbuka oleh mana-mana pihak terutama pembangkang.
kapal-lge1-513


"Kita menyelam 30 meter. Ia tidak dapat diragukan lagi." itu antara kata-kata Lim Guan Eng pada wartawan selepas diberi peluang menyelam sendiri selama 90 minit dalam kapal selam Scorpene KD Tun Razak di laut tidak jauh dari Pulau Langkawi petang Jumaat.
Turut serta bersamanya Ketua Menteri Pulau Pinang itu ialah dua timbalan Datuk Dr Mansor Othman dan P Ramasamy.
Kisah ketiga-tiga orang kanan pembangkang ini menyelam dengan kapal selam itu menjadi tumpuan media yang membuat liputan pameran LIMA.
Pengakuan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP bahawa KD Tun Razak boleh menyelam dengan sendiri mematikan tomahan pembangkang selama ini kapal selam yang dibeli dari Peranchis itu tidak boleh menyelam.
Ketibaan mereka dengan helikopter di Lapangan terbang Langkawi selepas menyelam itu disambut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

kapal-lge2-513
Guan Eng menyifatkan pengalamannya menaiki kapal selam buat pertama kali hari ini sebagai sesuatu yang menarik dan mengujakan selain memuji sikap profesionalisme pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
"Jika anda memasuki kapal selam, ia merupakan ruang terkurung. Bagi 32 pegawai dan kru yang mampu mengendalikannya dalam ruang yang terkurung untuk satu tempoh yang lama, ia adalah sesuatu yang luar biasa dan pencapaian yang hebat. Saya amat bangga dengan mereka," katanya.

No comments: