Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts

Thursday, 8 March 2012

RAMAI ORANG PAS TERIMA DAN MAKAN RASUAH...???!!!


Pas yang mengeluarkan fatwa kononnya wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu ”rasuah” sebenarnya menghina umat Islam yang menerimanya termasuk anggota parti itu sendiri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pas tidak sepatutnya melabelkan bantuan itu sebagai rasuah kerana ia pemberian ikhlas kerajaan untuk membantu rakyat berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

"Jika BRIM itu dianggap rasuah, maka pelbagai bantuan kerajaan kepada rakyat sebelum ini, adakah itu rasuah juga?” soalnya ketika berucap pada majlis penyampaian BR1M kepada seramai 480 penduduk Parlimen Bera di sini.

Beliau turut kesal dengan dakwaan serta tuduhan Pas itu kerana bantuan yang diberikan kepada rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan latar belakang serta fahaman politik telah disalah anggap.

Katanya, pembangkang hanya tahu menuduh kerajaan dengan pelbagai tohmahan sedangkan parti itu yang berkuasa di Kedah dan Kelantan berada dalam keadaan bercelaru.— BERNAMA/Utusan

Saturday, 7 January 2012

FITNAH TERHEBAT..!!! DUIT BR1M DARI BANK DUNIA..!!!!!

Bayaran BR1M bukan pinjam Bank Dunia - Najib

NAJIB dan Rosmah bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada majlis pelancaran Komuniti 1Malaysia di Bukit Beruntung, Hulu Selangor semalam.

HULU SELANGOR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mampu melaksanakan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berikutan kekuatan ekonomi dalaman negara yang menjana hasil memberangsangkan.

Perdana Menteri yang menolak dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan membuat pinjaman menegaskan, kerajaan tidak meminjam daripada Bank Dunia bagi membiayai program itu.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai kekuatan ekonomi dalaman berikutan pentadbiran yang cekap sehingga berjaya meningkatkan hasil negara sebanyak RM22 bilion tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.

Najib berkata, kali terakhir kerajaan membuat pinjaman daripada Bank Dunia adalah pada 1998 iaitu sebanyak AS$400 juta dan tiada lagi pinjaman dibuat selepas itu.

"(Dakwaan pinjaman) yang terbaharu adalah kerajaan terpaksa meminjam daripada Bank Dunia untuk pembayaran BR1M.

"Ini jelas tuduhan tidak benar sama sekali dan satu lagi dakwaan dalam bentuk pembohongan parti pembangkang," katanya semasa melancarkan Komuniti 1Malaysia di Bukit Sentosa di sini semalam.

Sumber : Kosmo
TQ ( I4TT)