Saturday 7 January 2012

FITNAH TERHEBAT..!!! DUIT BR1M DARI BANK DUNIA..!!!!!

Bayaran BR1M bukan pinjam Bank Dunia - Najib

NAJIB dan Rosmah bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada majlis pelancaran Komuniti 1Malaysia di Bukit Beruntung, Hulu Selangor semalam.

HULU SELANGOR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mampu melaksanakan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berikutan kekuatan ekonomi dalaman negara yang menjana hasil memberangsangkan.

Perdana Menteri yang menolak dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan membuat pinjaman menegaskan, kerajaan tidak meminjam daripada Bank Dunia bagi membiayai program itu.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai kekuatan ekonomi dalaman berikutan pentadbiran yang cekap sehingga berjaya meningkatkan hasil negara sebanyak RM22 bilion tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.

Najib berkata, kali terakhir kerajaan membuat pinjaman daripada Bank Dunia adalah pada 1998 iaitu sebanyak AS$400 juta dan tiada lagi pinjaman dibuat selepas itu.

"(Dakwaan pinjaman) yang terbaharu adalah kerajaan terpaksa meminjam daripada Bank Dunia untuk pembayaran BR1M.

"Ini jelas tuduhan tidak benar sama sekali dan satu lagi dakwaan dalam bentuk pembohongan parti pembangkang," katanya semasa melancarkan Komuniti 1Malaysia di Bukit Sentosa di sini semalam.

Sumber : Kosmo
TQ ( I4TT)


1 comment:

Anonymous said...

Bukankah Bank Dunia pun tak cukup duit?