Thursday, 17 November 2016

ANALISA UPSR 2016


Pencapaian calon peperiksaan UPSR tahun 2016 dilaporkan berdasarkan pelaksanaan kurikulum dan format peperiksaan yang baharu tanpa membuat perbandingan dengan pencapaian calon peperiksaan UPSR tahun yang lalu (2015).






Pengumuman Analisis Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof di Kompleks E8, Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak boleh membandingkan analisis UPSR 2016 daripada tahun lalu kerana ini merupakan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sejak diperkenalkan pada 2011.



Sehubungan itu, keputusan UPSR tahun 2016 tidak boleh dibandingkan secara terus dengan tahun lalu kerana sebelum ini keputusan dibuat berdasarkan tiga gred iaitu A, B dan C manakala tahun ini empat gred iaitu A, B, C dan D SERAMAI 4,896 CALON UPSR 2016 DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG SEMUA GRED A UPSR 2016 menyaksikan seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. 



Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 452,721 calon yang menduduki peperiksaan itu pada bulan September yang lalu Manakala seramai 8,345 calon atau 1.89 peratus memperoleh keputusan maksimum 1B, 35,752 calon atau 8.11 peratus memperoleh minimum 2B dan 91,366 calon atau 20.73 peratus (minimum 1C).

Selain itu, seramai 152,825 calon atau 34.67 peratus (minimum 1D), 137,262 calon atau 31.14 peratus (minimum 1E) manakala 9,519 calon atau 2.16 peratus mendapat semua E Gred Purata Nasional (GPN) UPSR 2016 pula hanya merekodkan 2.96 mata.

Calon peperiksaan UPSR tahun 2016 merupakan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Seramai 452,721 calon mendaftar menduduki peperiksaan UPSR, dengan 443,677 (98 peratus) calon sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) dan 9,044 (2 peratus) calon sekolah swasta

-  mysumber.com

No comments: