Tuesday, 27 September 2016

PELAJAR MALAYSIA DI PERANCIS HILANG SEJAK JUMAAT


Pelajar Malaysia, Norsakinah Naim yang sedang menuntut di sebuah universiti di Perancis dilaporkan tidak pulang ke rumah sewanya di sana sejak Jumaat lalu.

Pelajar terbabit, Norsakinah Naim disedari tidak pulang oleh rakan serumahnya yang menunggu selama dua hari sebelum membuat laporan kepada Kedutaan Malaysia di Perancis.
Penuntut tahun pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di IUT De Rouen Universti Rouen itu mengambil jurusan kejuruteraan kimia dan berasal dari Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.
Bapa pelajar terbabit, Naim Awang, 46, yang dipetik Berita Harian sebagai berkata sebelum kejadian, rakan Sakinah yang pulang ke rumah sewa mereka menemui telefon bimbit anaknya itu yang sedang berdering dan ditinggal di dalam bilik.
Malah, Naim turut dimaklumkan oleh bekas guru kaunselor anaknya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekula, Tikam Batu bahawa Sakinah ada menghubunginya pada Jumaat namun talian terputus.
“Guru berkenaan kemudian menghubunginya semula pada Sabtu dan dijawab oleh rakan serumah yang memberitahu Nursakinah tidak pulang ke rumah,” katanya.
Difahamkan Norsakinah adalah pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Pekula apabila mendapat 10A1 pada 2015.
Pada masa sama, Naim berkata dia dan isterinya, Nur Haluzah Ahmad, 43, terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada pegawai Kedutaan Malaysia Perancis kira-kira 8 pagi Isnin yang memaklumkan berita kehilangan anaknya itu.
Sumber: Mstar

No comments: