Saturday, 4 June 2016

PRK SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR MILIK SIAPA ???


BN memang boleh menang di Sungai Besar berdasarkan jumlah undi kaum Melayu yang tinggi. Tapi khabarnya Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) bakal meletakkan calonnya pada 5 haribulan nanti.

UNDI kaum Cina hampir pasti sebahagian besarnya menjadi milik PAN. Peluang untuk Barisan Nasional mengekalkan kerusi Sungai Besar agak rumit. Sedang Barisan Nasional dan PAS berada di “kolam” yang sama, penyertaan GKCM tentunya akan menyebabkan undi Melayu pecah kepada 4 blok - BN, Pas, PAN dan GKCM!

GKCM cukup sinonim dengan Mahathir; tidak mustahil jika pengundi Sungai Besar bakal menyaksikan Mahathir membantu calon GKCM. Maka akan benarlah berlaku persaingan 4 penjuru nanti.

GKCM tentunya sedar, bahawa peluang untuk mereka menang di Sungai Besar amatlah tipis. Namun, seperti apa yang dimahukan oleh Mahathir, Barisan Nasional perlu dikalahkan di dua pilihan raya kecil yang bakal berlangsung.

LAIN pula cerita PRK di Kuala Kangsar. Faktor pengundi2 wanita menjadi sandaran. Datin Mastura mempunyai ciri-ciri karektor diri yang sangat kuat. Ianya dikongsi dengan kekuatan jentera dan pengundi2 wanita sangat tinggi di sana.

DATIN Mastura dikenali sebagai wanita yang outgoing dan ramah dan professional serta mudah mesra dengan para pengundi Kuala Kangsar. UMNO tidak membuat pilihan yang salah dan UMNO tidak bermain dengan politik dinasti lakibini.

FAKTOR tarikan Datin Mastura ialah elemen kekuatan engagementnya dengan akar umbi Kuala Kangsar dan politik arwah suaminya. Datin Mastura ada mempunyai kelebihan dari segi akademik lulusan undang2. Pilihan Datin Mastura sangat tepat.

WANITA pilihan orang Kuale. - Uda Leman

No comments: