Saturday, 4 June 2016

KAMILAH TENTERA TANPA UNIFORM YANG TIDAK MENGANGKAT SENJATA !


Sebuah coretan .."THE UNKNOWN WAR"

1. Semalam saya menghadiri Taklimat Keselamatan Negara di Hotel Maya, ia dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Tuan Ahmad Shublee.

2. Saya sudah lama tidak menghadiri taklimat seperti ini kerana sudah dipindahkan ke bahagian ekonomi, jadi bab-bab ekonomi ni, bolehlah nak sembang.

3. Taklimat pertama adalah mengenai Cabaran Ekonomi Malaysia Ketika Era Ketidaktentuan Ekonomi Global dan taklimat kedua, Serangan Siber dan Ancaman Keselamatan Negara.

4. Bab keselamatan negara, ramai khayalak hanya gemar membicarakan hal-hal yang mereka nampak di depan mata seperti aspek ketenteraan dan kepolisian, sedangkan khayalak tidak menyedari bahawa ketika ini pun, negara sedang berperang dalam senario peperangan yang tidak difahami oleh awam.

5. Ia berlaku pada setiap masa, sabotaj ekonomi, korporat espionage, political assasination, cyber warfare, jenayah merentas sempadan dan banyak lagi.

6. Ini semua memerlukan pertahanan yang banyak memakai minda termasuk juga peralatan berkaitan tetapi dalam bab ini, Malaysia masih jauh ketinggalan di belakang Singapura.

7. Dan tidak ada desakan untuk upgrade kepakaran kita dalam bidang ini disebabkan kesedaran politikal termasuk awam masih sangat-sangat minima, rakyat sendiri hanya melihat pertahanan dari sudut pembelian jet, kapal dan etc.

8. Ancaman negara pada zaman sekarang bukanlah gertakan yang menggunakan kekuatan ketenteraan sebagaimana Siam mahu menyerang Melaka atau yang pernah dibuat oleh Portugis, malahan jika dianalisa lebih jauh, sentimen kebencian rakyat Malaysia ke atas China sendiri dipacu oleh jentera-jentera propaganda barat dan sentimen seperti ini banyak digunakan untuk memencilkan Malaysia atau memalit arang kepada Malaysia sebagai musuh/perampas wilayah negara jiran melalui psyops yang dijalan ke atas rakyat Indonesia dan Filiphina.

9. Psyops seperti ini sudah pasti berjaya kerana orangramai sudah tentu amat kurang bergantung dengan kenyataan rasmi negara, sebaliknya, lebih percaya kepada tuduhan rambang oleh penulis dalam media sosial, laman blog dan sebagainya.

10.Ancaman real time negara sekarang ini yang paling berbahaya adalah serangan dari dalam yang digerakkan oleh tangan-tangan ghaib, sudah berapa negara tumbang dan ekonominya dihancurkan dari dalam hanya untuk membolehkan negara itu menjadi hamba kepada kuasa asing atau individu tertentu buat selama-lamanya, tidak merdeka dan tengkuk mereka dibelenggu walaupun pada mata kasar, negara ini nampak mempunyai pemerintahan sendiri.

10. Ia adalah satu peperangan proksi yang digerakkan melalui talian telefon dan komputer riba pada tahap yang paling bawah.

11.Ini belum lagi dimasukkan oleh segelintir ahli politik pembangkang yang memburukkan negara di luar negara di mana setiap kali mereka melakukan perbuatan itu, hasil rantaiannya akan terkena kepada ekonomi negara.

11. Saya dengan ini mengucapkan tahniah kepada pejuang-pejuang negara yang menjadi “wira yang tidak didendang” kerana menjadi tentera tanpa uniform yang memacu pertahanan negara melalui tipu daya dan strategi di luar kotak fikiran walaupun pada hakikatnya, dari segi peralatan, Malaysia amat-amat ketinggalan dalam peperangan proksi ini.

12.Mereka ini menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pejuang negara bagi memastikan kesan atau bahang peperangan tidak terkena kepada rakyat Malaysia.

13.Kerana itu, tidak ramai yang menerima kesan ini….dan tidak tahu tentang peperangan ini kerana so far, we prevail….but how long??? I dont know....DID YOU KNOW ???

No comments: