Sunday, 5 June 2016

HABIS MANIS SEPAH DIBUANG... KINI DAP BERSAMA PAN SELEPAS PUAS KUDAKAN PAS !!!

f4501384-7f1c-470f-861a-ac5d817bf92c

Sungai Besar – Lim Kit Siang kelihatan hadir untuk memberi sokongan terhadap PAN pada proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil (PRK) Sungai Besar.

Desas desus kehadiran pemimpin DAP itu menjadi kenyataan hari ini. Ini membuktikan DAP menyokong penuh PAN untuk PRK kali ini.
Turut kelihatan Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah mengiringi ketibaan calon PAN. Namun begitu Azmin Ali tidak kelihatan bersama rombongan Pakatan Harapan.
Persoalan timbul adakah kehadiran Lim Kit Siang secara tidak langsung mengesahkan DAP sebenarnya sentiasa berada di belakang PAN untuk menarik pengundi Cina di Sungai Besar ini dan PAN benar-benar menjadi boneka kepada DAP setelah PAS habis diperkudakan.
Kenapa masih nak menyokong pembangkang ?

Post a Comment