Tuesday, 19 April 2016

MAEL XPDC DITUDUH MILIKI DADAH HEROIN

mael xpdc

MUAR – Vokalis kumpulan rock popular XPDC, Mael dihadapkan di Mahkamah Majistret Muar semalam, bersama tiga rakannya atas dua tuduhan memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines pada Mac lalu.


Tertuduh, Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim, 48, dan dua rakannya, Hafiszudin Mokhtar, 31, serta Razali Shapie, 43, bagaimanapun, tidak mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Seorang lagi rakan Mael, Chairil Anwar Yaacob, 29, yang menghadapi tuduhan sama mengaku salah terhadap ke­dua-dua pertuduhan terbabit.

Mengikut pertuduhan pertama, Mael bersama tiga tertuduh tersebut didakwa memiliki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 0.46 gram di sebuah rumah beralamat RS 38, Jalan Kim Kee, Muar pada pukul 4 petang, 7 Mac lalu. – KOSMO!

Post a Comment