PULAU PINANG – Seorang wanita yang kecewa apabila diaibkan dengan fitnah mempunyai anak luar nikah di laman media sosial tampil membuat laporan polis, pagi tadi.
Munirah Abdul Latheef yang sedih menyifatkan tindakan tidak bertanggungjawab oleh indidvidu yang dikenali sebagai Salim Iskandar itu sebagai satu fitnah yang maha dahsyat.
“Saya membuat laporan polis ke atas pengaiban yang dibuat ke atas saya oleh Salim Iskandar dan ingin menegaskan sekeras-kerasnya (serta) menafikan bahawa anak yang dituduh itu anak (luar nikah) saya.
“Saya (telah) menikah dan melahirkan anak (tersebut) secara sah dan bukannya seperti yang digembar-gemburkan (kononnya) saya telah melahirkan anak haram, itu semua satu fitnah yang maha dahsyat macam mana nak jawab di akhirat nanti,” tegasnya sejurus selepas membuat laporan di IPD.
Munirah turut mendakwa Salim yang merupakan pengendali laman blog Parpukari itu telah menyebarkan poster yang menuduh dirinya mempunyai anak luar nikah di laman Facebook.
“Yang dok buat fitnah tu baik fikir balik, hang (kamu) tak kenal aku siapa tapi aku tahu hang siapa. Jangan jadi anak dajal denagn menyebarkan fitnah. Hang siapa nak minta aku tunjukkan surat beranak anak aku?
“Aku tak kenal hang mana punya benggali, mana punya mamak, mana punya haram jadah jangan dok buat fitnah, Aku berani buat laporan polis hari ini sebab aku berani (yakin) berada di pihak yang benar,” tegasnya lagi.
Beliau turut menggesa mereka yang tidak bertanggungjawab itu segera menghentikan fitnah jahat tersebut.
Terdahulu Presiden Nadi Rakyat, Rafi Awang Kechik turut membuat laporan polis pada Ahad, apabila dihina dan diaibkan terhadap individu yang sama di laman media sosial.
Menurut Rafi tindakan mengunakan akaun Facebook palsu untuk menghina, mengeji dan mengaibkan diri dan keluarganya itu perlu dihentikan segera. – SuaraTV
No comments:
Post a Comment