Thursday 3 March 2016

SERPIHAN BOEING 777 MILIK #MH370 ???

mh370 mozambique found

MOZAMBIQUE - Serpihan objek pesawat Boeing 777 yang berkemungkinan MH370 ditemui hujung minggu lalu di pantai Mozambique, kata seorang pegawai Amerika Syarikat kepada CNN.


Pic of debris Credit: Blaine Alan Gibson. - #MH370.
Objek berkenaan tertulis perkataan ‘NO STEP’ dipercayai adalah sebahagian daripada sayap pada belakang badan pesawat buatan Boeing. – Foto Blaine Alan Gibson. – #MH370.

Bagaimanapun serpihan berkenaan telah dibawa ke Malaysia untuk pemeriksaan lanjut.

Memetik penyiasat Amerika Syarikat, Malaysia dan Australia yang melihat gambar kemungkinan serpihan itu, NBC berkata ia merupakan sebuah penstabil pada pesawat Boeing 777.


Sejak tragedi MH370 pada 8 Mac 2014 lalu, tiada laporan pesawat Boeing lain yang dilaporkan hilang.

NBC News melaporkan serpihan tersebut mungkin daripada bahagian ekor pesawat Malaysia Airlines yang hilang 2 tahun lepas.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu membawa 239 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal.


***Kita rasa penat tetapi tidak pernah jemu untuk mengetahui perkembangan dan info2 terkini berkaitan misteri kehilangan pesawat MH370 itu.  Namun akhirnya, kita akan merasa kecewa bila akhirnya.... keputusan tetap seperti yang diharapkan.....

No comments: