Pekeliling berhubung keperluan menutup sekolah berikutan cuaca panas melampau ketika ini, akan dikeluarkan selepas garis panduannya diperoleh.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan, berkata pihak sekolah sudah diberi notis supaya tidak menjalankan aktiviti di luar bangunan termasuk perhimpunan jika cuaca terlampau panas.
“Pengetua dan guru besar memaklumi perkara ini. Mereka perlu berhati-hati dan jika aktiviti luar mahu dilakukan antara jam 12 tengah hari hingga 3 petang, ia mesti dibuat dalam bangunan.
“Saya harap kita mendapat maklumat mengenai garis panduan secepat mungkin kerana sekolah akan dibuka semula minggu depan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata kementeriannya akan mengemukakan cadangan garis panduan bagi menghadapi cuaca panas melampau kepada Kabinet esok.
Ia membabitkan tindakan yang perlu diambil merangkumi keperluan untuk menutup sekolah, catuan air, pembenihan awan dan aspek kesihatan.
Sumber: BH Online
Nota : Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment