Thursday, 17 March 2016

KESILAPAN DI PASARAYA PUNCA KACANG PAGODA DAN NGAN YIN DILABEL NON-HALAL

Jakim sahkan kacang cap Pagoda, Ngan Yin halal

Awal tahun hari tu .....status HALAL kacang cap Pagoda dan Ngan Yin diragui apabila beberapa keping gambar kacang tersebut menjadi viral di laman sosial.


Gambar menunjukkan longgokan kedua-dua kacang itu diletakkan di satu sudut sebuah pasar raya dan dilabelkan sebagai tidak halal.

KacangHaram_2

Bagaimanapun, menurut kenyataan pemilik gambar, setelah membuat semakan di laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati tarikh sijil halal bagi kedua-dua kacang itu masih sah.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff mengesahkan kacang cap Pagoda dan Ngan Yin adalah halal.


Menurut beliau, gambar tersebut hanyalah salah faham apabila pekerja pasar raya di situ melakukan kerja-kerja pemindahan barang dan tidak membuang label ‘tidak halal’.

“Pihak pasar raya pada mulanya meletakkan minuman keras di sudut itu, tetapi kemudian menukar dengan pelbagai makanan ringan tanpa membuang label tersebut,” jelas beliau.

No comments: