Thursday 17 March 2016

LELAKI BERBAJU MELAYU KETUAI PERBARISAN SAMBUTAN HARI LAHIR QUEEN ELIZABETH II


SEORANG rakyat Malaysia dengan bangganya menggayakan pakaian tradisional bangsa Melayu, iaitu baju Melayu ketika mengetuai perbarisan sempena sambutan hari lahir ke-90 tahun Queen Elizabeth II yang diadakan di Westminster Abbey, London, semalam.

Hari lahir ratu pemerintah United Kingdom ini sebenarnya jatuh pada setiap tanggal 21 April, namun upacara ini merupakan sebahagian daripada perayaan tersebut yang diadakan pada setiap tahun.
Foto yang dikongsikan oleh pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London menerusi laman Facebooknya itu menunjukkan Kishva Ambigapathy berjalan megah sambil memegang cokmar diraja.
Cokmar lazimnya digunakan dengan dibawa berarak ketika memulakan sesebuah perjalanan majlis rasmi bagi menggambarkan tahap tinggi simboliknya upacara tersebut.
Kishva dipilih membawa cokmar kerana beliau merupakan Pengerusi Yayasan Belia Komanwel, sebuah pertubuhan yang mewakili suara anak muda dari 53 buah negara Komanwel seluruh dunia.
Beliau malah menzahirkan perasaan teruja dengan pemilihannya itu dan berterima kasih di atas sokongan pelbagai pihak yang diberikan terhadap dirinya.
Tiga generasi kerabat diraja Britain termasuk Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton termasuk Putera Harry turut bersama-sama dalam upacara itu. – MYNEWSHUB.CC
queen1

No comments: