Monday, 28 March 2016

BAYI PEREMPUAN TERSELAMAT TRAJEDI HIGHLAND TOWERS KINI DI MALAYSIA


Nur Hamidah Nadjib, 24, 'bayi' yang diselamatkan ketika tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini, jam 8.40 pagi tadi. 


Beliau tiba ke Malaysia dari Surabaya, Indonesia, untuk menemui pasukan penyelamat yang menyelamatkannya dalam kejadian 23 tahun lalu. 

Nur Hamidah bertolak dari Surabaya bersama tiga ahli keluarga lain jam 5.10 pagi tadi. 

Turut menemani Hamidah ialah ibunya, Umi Rasyidah Khoiruman, 43; adik perempuan, Iftitahun Nabilah, 22, dan suaminya, Zahroni Ahda Ghoni Pratama, 26. 

Ketibaan mereka yang berasal dari Jawa Timur itu disambut bapa Hamidah, Nadjib Mustahar, 53. Nur Hamidah dijadualkan menghadiri sesi temuramah khas bersama TV9 di Sri Pentas, Bandar Utama dan menemui pasukan penyelamat dalam tragedi itu hari ini.



Sebelum ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memaklumkan bahawa pihaknya sedang berusaha untuk menghubungi semula seorang wanita yang diselamatkan dalam tragedi runtuhan kondominium Highland Towers pada Disember 1993.

Bibit-bibit pertemuan di antara Nur Hamidah dan pasukan penyelamat terlibat bermula selepas wanita berkenaan memuat naik sekeping gambar di laman Facebook yang menunjukkan dirinya yang masih bayi pada ketika itu sedang menerima rawatan dengan bantuan alat pernafasan.

Sebelum ini, satu blok bangunan Highland Tower di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh pada 11 Disember 1993 dan turut mengorbankan 48 nyawa.

No comments: