Monday, 8 February 2016

KISAH 3 LELAKI MELAYU LALUI PENGALAMAN NGERI DI SEGITIGA BERMUDA


Apabila tugasan di Mesir sudah tamat, pihak SIB diberi tugasan baru dan Major Ravi telah mengarahkan aku, Bahtiar dan Ramzul untuk mengendali satu kes baru pula.  Apabila kami ditugaskan, tanpa membuang masa kami terus bersiap untuk ke Pelabuhan Labuan di mana tempat kami akan berlepas.  Perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.


Petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo Selendang Ayu yang difahamkan akan belayar ke Bahamas untuk penghantaran perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut di sana.   Pihak Malaysia begitu prihatin untuk membantu walaupun Bahamas adalah di bawah pemerintahan Amerika namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita tetap membantu.

Aku, Ramzul dan Bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat... hmmm.. boleh la walaupun bukan 5 star selesa la jugak.  Tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni.

Aku termenung seketika di atas tilam tempat Bahtiar berbaring.  Ramzul di atas pon tgh berbaring.  Keadaan aku yang termenung itu disedari Bahtiar lalu dia menegur.  "Weh apsal ko termenung bro"?  Sapa Bahtiar sambil menolak bahuku.  "Aku bukan apa, aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni.  Cube kamu tengok tadi, ramai yang jadi pak guard depa senjata pon ade",  jawab aku dengan penuh hairan.  "Entah la aku pon pelik juga, kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni"? sampuk Ramzul yang aku dan Bahtiar ingat dia dah bermimpi indah.

Tiba-tiba Bahtiar menempik dalam nada yang sederhana, "Weiii... bukan ke kalau nak ke Bahamas tu kene lalu segitiga tu baru sampai sana?" "Ha ah la mesti kene lalu segitiga setan tu.. ahh sudah menyesal la pulak aku join cover ni", kata Ramzul.

Aku hanya boleh membisu dan berfikir, benar kata-kata Bahtiar memang kapal ini akan melalui segitiga Bermuda jika mahu sampai ke Bahamas.  Aku cuma tenteramkan mereka yang nampak gelisah.  "Segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima yang korank risau apehal?" seloroh aku.

"Ye la kamu jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu",  kata-kata Ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan Bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal.  "Dah cukup dengan segitiga korang ingat misi kita apa di sini.  Kita lakukan dengan profesional.  Pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah Yang Maha Esa ?  Sekuat-kuat manapun jin yang ada di dunia ni taidak tertanding kuasa yang Allah ada... tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin, pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang di di dalam kesusahan",  madah aku dengan penuh yakin.

Perjalanan kami ke Bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah di pelahuhan-pelabuhan untuk mencari bekalan makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki untuk memastikan apa yang kami bawa bukan barang-barang haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut.  Apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera marin ataupon penguatkuasa laut yang datang untuk memeriksa, jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara untuk pengesahan.

Apabila kapal kami tiba di Lautan Atlantik, satu detik hati yang begitu risau apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di tengah-tengah Lautan Atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah dia laluan Segitiga Bermuda.  Bahtiar dan Ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri.  Ketika berada di bilik kawalan kapal, aku bertanya kepada kapten yang bernama Zulfakar, "Apa.... kapten tak berasa risau melalui laluan ni ?" tanyaku dengan penuh berani.

"Ini pertama kali saya mengikuti laluan ini..... sebelum ini kawan saya yang juga kapten bernama John Barios pernah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar barang di Miami, sesampainya beliau di pelabuhan, para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupun semasa belayar sebanyak 30 krew yang menyertai pelayaran itu dari England.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan Lautan Atlantik seperti menunggu untuk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini.  Sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan", kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan'

Aku terdiam dan hanya menghayati kesedihan kapten Zul yang benar-benar terasa dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu.  Aku kembali ke bahagian  tengah kapal dan melihat ke lautan yang sedikit berkabus.  Sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yang melampau tatkala angin Lautan Atlantik yang melanda sekali sekala deras.

Ramzul dan Bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini.  Kebanyakannya Melayu dan seorang adalah berbangsa Singh.  Dalam penghayatan aku di lautan, tiba-tiba Bahtiar menggoncang bahuku dengan laju, "Weii.. korang nampak tak kat sana?" tuju jari Bahtiar ke selatan laut.  Aku dan Ramzul pantas melihat... namun aku dan Ramzul tak dapat melihat apa-apa kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam.  "Mana? Tak ada apa-apa pon", pantas Ramzul. "Ada, aku memang nampat tadi",  yakin kata-kata Bahtiar itu.  "Apa yang kamu nampak", kata ku.  "Aku nampak kapal", jawab Bahtiar.  "Ahh... kapal pon mau kecoh ka ?  Biasa la kapal memang lalu sini",  pintas Ramzul lagi.  "Takk...aku nampak kapal zaman Portugis",  yakin Bahtiar lagi.  "Biar betul kamu di Bahtiar?" tanyaku dengan penuh kepastian.

Aku sekali lagi mengamati betul-betul apa yang Bahtiar katakan, mataku melihat sekeliling apakah benar dakwaan Bahtiar tadi.  Kabus semakin lama semakin tebal dan hitam.  Tiba-tiba mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus-kabus.  Semakin lama semakin objek itu menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama... "Ramzul.. minorr !" jerit aku meminta Ramzul teropong.  Ramzul segera memberi padaku, beliau pon sudah dapat melihat kapal tersebut.  Aku melihat kapal tersebut dengan teropong... semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu nama di kapal tersebut aku terus diselubungi keresahan... mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki oleh Kapten Columbus pada tahun 1492 dan pernah melalui perairan Atlantik ini untuk mendarat di Bahamas.

Hati aku sekali lagi berdegup detap, apakah ini realiti kerana apa yang ternampak di mata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain... mereka semua terpegun dengan kapal yangsudah berusia beratus tahun lamanya belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ni... bahkan dari tadi kami rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo kami ini setara sahaja.  Sekali lagi teropong di arah ke kapal berusia ratusan tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal tersebut apakah ada penghuninya.  Tiada nampak sebarang keliat manusia pon di dalam kapal tersebut.

Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran... aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan kapten Zulfakar dalam keadaan cemas... "Apa yang terjadi kapten?"  "Entahlah saya tidak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas di depan kapal seperti dinosour.  Tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri", kata kapten Zul.  Aku melihat kembali ke luar... kapal Santa Maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini.  Awan tiba-tiba gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda.  Petir sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda-tanda hujan tidak kelihatan.  Ramzul dan Bahtiar kedua-duanya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka. 

Aku turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka... alhamdulillah mereka sedar... "Apa yang kita nak buat ni ?" kata Bahtiar.  Angin semakin kencang... para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan tatkala kapal seperti hilang keseimbangan....  Para pasukan keselamatan pon banyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal, aku melihat ke depan.  "Ahh... kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu yang datang menghampiri", kataku.  Sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu juga kapal Santa Maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung.  

Ramzul dan Bahtiar masih berpaut dengan senjata masing-masing dah jatuh ke mana aku pon tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil.  'Ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku dan rakan-rakan tetap tabah untuk hadapinya", kataku di hati kecil.  Dengan tak semena-mena ada satu gelombang yang muncul di depan kapal merempuh kami dan kesemua krew termasuk aku dan rakan-rakan tersungkur jatuh dan muntah semuntah-muntahnya.  Ya Allah azabnya keadaan  ini seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.

Kilat terus sambal menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami... Ahh.. terbaring kembali dan muntah-muntah kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu.  Aku gagahkan untuk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampun untuk berdiri termasuk rakan2ku Ramzul dan Bahtiar.... aku terus meluru ke dek kapten melihatkan mereka juga dah terbaring di lantai dengan muntah2 yang berselerakan... Aku papah Kapten Zulfakar dan terus kapte itu berkata, "cepat AZAN... tengok tuu" kapten menunjuk jari ke depan.

Ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang ke arah kami.... dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami... tatkala itu muncul satu pusaran air laut yang besar di belakangnya... hanya Alla yang mengetahuinya apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya Dialah saaja penyelamat kami.

Aku memberanikan diri dan terus ke depan kapal menghadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja.. kapal ini tak bergerak.  Tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nagas panjang aku Azan dengan hati yang berserah pada NYa dan berkata hatiku.. ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR.... biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku di atas kapal ini... Tengahku bertarung nyawa di depan kapal, terdengar pula di belakang  suara yang ramai melaungkan azan... wpt... dan apabila di dalam kapal itu bergema Azan... selesai Azan telingaku seperti dengan jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi "Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun" di ulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan spontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon melafazkannya.

Dengan izin Allah, segala kabus hitam hilang dari pandangan termasuk kapal Santa Maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus-kabus hitam itu terus menguasai lautan.  Pusaran air juga hilang dari pandangan, yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang membiru.  Aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata "TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH... SYUKUR KEHADRATMU"  Krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa tidak bermayanya aku.

Keadaan pulih seperti biasa, Ramzul dan Bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan di atas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kai tiba di pelabuhan Bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak terurus.  wpt.  Apabila barang-barang kargo diserahkan kami bermalam hampir tiga hari di Bahamas.  Macam-macam cerita yang kami dengan dari mulut penduduk itu sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja.   Lautan Atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama Kapten Columbus, seorang kapten yang pernah mengemudi kapal Santa Maria yang kami jumpai di tengah Lautan Atlantik.  

Perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakkan krew kapal berwirid dan berzikir.  Kami juga berjemaah beramai-ramai di tengah2 kapal.  Bacaan Yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1 - 9  Yaasin, itulah dia ayat yang didengar di celah2 telinga semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi.  Yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang berbangsa Singh mahu memeluk Islam kerana melihat kebesaran yang benar dari Allah Yang Maha Esa sehingga terbuka pintu hatinya untuk memeluk Islam.  Syukur Alhamdulillah... Perjalanan kami selamat sampai ke tanah air selepas 3 minggu belayar dari Bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa berada di Lautan Atlantik.

Kisah benar atau sekadar cerpen...??? Jika kisah di atas adalah benar, siapakah 'aku' di dalam kisah tersebut ???  

Wallahua'lam... 

Sumber: beritapanas

1 comment:

Unknown said...

HAHAHAHA..................A good story.
Boleh dibuat filem.