Sunday, 28 February 2016

ISTERI MAUT DIBELASAH SUAMI

[Video] Suami disyaki tumbuk dan belasah isteri umur 17 tahun sampai mati

Seorang wanita ditemui mati selepas mengalami kecederaan teruk dan belumuran darah di muka dipercayai dipukul suaminya di sebuah rumah di Ladang Sengat, Simpang Pulai, dekat sini, 7.30 pagi tadi.

Mayat S Durga Devi, 17, ditemui terbaring di ruang tamu rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu.
“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan pada mukanya seperti ditumbuk.
“Susulan kejadian itu, polis menahan suami mangsa di perkarangan rumah berkenaan kira-kira dua jam selepas siasatan dijalankan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.
Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati jiran pasangan itu ada terdengar mereka bertengkar lewat malam tadi dan jam 5 pagi tadi.
Katanya, polis percaya pertengkaran membabitkan masalah keluarga.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber : Metro

Post a Comment