Friday 26 February 2016

NELAYAN LEMAS KETIKA CUBA SELAMATKAN ANAK KAPAL TUDM YANG TERHEMPAS


SEORANG nelayan ‘wira’ menyelamatkan kru pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mendarat cemas di Kuala Selangor, meninggal dunia akibat lemas selepas menyelamatkan mereka.


mayat3

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Abu Hasan Abdul Latif, berusia 57 tahun, disahkan meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang, dan berita sedih itu turut disiarkan laman Facebook Daily Traffic Report.
daily
Gambar melaui laman Facebook berkenaan menunjukkan anggota bomba bersama-sama pasukan penyelamat dari TUDM mengusung tubuh lelaki berkenaan yang berjaya diselamatkan selepas dikatakan lemas.
mayat2
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritenden Ruslan Abdullah ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai perkara tersebut.
Mangsa mulanya mencari kerang di pesisir laut ni. Ketika cuba menyelamatkan mangsa (anak kapal TUDM), dia tiba-tiba terjerlus di kawasan lumpur.
Dia hanya ditemui selepas air surut oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 10 pagi,” katanya.
Lelaki itu merupakan antara nelayan kawasan berhampiran yang menyelamatkan anak kapal pesawat TUDM berkenaan yang mendarat di kawasan persisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor.
Pesawat CN235 itu berpangkalan di Subang, Selangor terpaksa melakukan pendaratan cemas berhampiran pantai Kuala Selangor pada pukul 8.50 pagi.


Semua lapan anak kapal telah selamat kerana dibantu oleh nelayan terbabit termasuk mangsa. Terbukti dalam perkara berkaitan ajal, tiada siapa dapat menentukan kecuali Allah SWT yang Maha Berkuasa.
Hanya dengan sekali allahyarham Abu Hassan bertindak menjadi wira berjaya menyelamatkan anak kapal TUDM itu, lantas kemudian beliau pula menjadi korban akibat lemas.
Berkenaan pesawat TUDM berkenaan, gambar yang dikongsikan di laman sosial Facebook menunjukkan pesawat berkenaan terbakar dan asapnya boleh dilihat dari jarak beratus meter dari lokasi kejadian.- MYNEWSHUB.CC

No comments: