Thursday 14 January 2016

VIRAL GAMBAR CUCU TIDAK BERPAKAIAN DI PONDOK KEBUN SAYUR, DATUK NAFI CUCU HIDUP DAIF


JOHOR BAHRU: Seorang datuk menafikan tiga cucunya hidup dalam kekurangan setelah gambar tiga beradik tersebut menjadi viral di laman sosial. Beliau menyifatkan pendedahan gambar tersebut tidak wajar dan mengaibkan nama keluarganya.

Yahya Ahmad berkata, tindakan seorang wanita yang memuat naik gambar tersebut ke laman sosial Facebook disebabkan rasa prihatin dan sikap ingin membantu anak perempuan serta cucu-cucunya.

Gambar yang luas tersebar itu menggambarkan bahawa cucu-cucunya menjalani kehidupan seharian yang kurang sempurna akibat masalah kewangan adalah tidak betul dan dinafikan.

Menurutnya, sejak gambar tersebut tersebar dan menjadi viral, ramai pihak yang tampil untuk menyalurkan sumbangan terhadap keluarga anak perempuannya tetapi ditolak secara baik kerana rasa tanggungjawab dan berharap duit tersebut disumbangkan kepada individu atau pihak yang lebih layak.

‘Gambar tiga cucu saya tak pakai baju disebabkan keadaan cuaca panas ketika berada di kebun dan bukan disebabkan tak mampu beli pakaian’, katanya.

Kebun sayur dan buah-buahan keluarganya yang terletak di Kampung Tenang, Ulu Tiram mampu menjana pendapatan hingga RM1,000 sebulan dan mampu untuk menampung keluarganya.

Tambah Yahya, anak perempuannya merupakan ibu tunggal, bekas suaminya meninggal dunia akibat kemalangan pada 22 Disember lalu namun Yati Umika masih mampu untuk menyara semua lapan anaknya berumur antara 2 hingga 17 tahun.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru berkata, keluarga tersebut mempunyai sumber pendapatan hasil daripada kebun yang mereka usahakan. Yahya yang juga bekas pembantu am di Kementerian Pertahanan bertekad untuk berusaha bagi menampung perbelanjaan keluarganya tanpa meminta bantuan daripada sesiapa.

No comments: