Friday 4 December 2015

TUN M SEBENARNYA MELAYU YANG MUDAH LUPA... CAKAP TAK SERUPA BIKIN...


Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi peringatan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mengingat kembali pesanannya ketika memangku jawatan Presiden parti.


Jelas Hishammuddin, ketika Mahathir memangku jawatan Presiden Umno, Mahathir telah menyampaikan pesanan penting kepada ahli-ahli parti supaya mempertahankan presiden parti.

Hishammuddin berkata, beliau masih ingat lagi ucapan Mahathir pada 1 Julai 1976 dalam Perhimpunan Tahunan Pemuda dan Wanita Umno supaya mempertahankan presiden parti dalam apa jua tekanan dan jangan sesekali melemahkan presiden.

"Umno tidak wujud untuk pemimpinnya, mereka hanya wujud untuk sementara. Mereka akan pergi dan akan digantikan dengan pemimpin yang baharu. Tetapi pemimpin dan kepimpinan adalah penting bagi sesebuah pertubuhan. 


"Sementara pemimpin tidak perlu dipertahankan kerana semata-mata ia pemimpin, ia juga tidak harus dilemahkan dengan sengaja. Tidak ada kebaikan dan kepimpinan yang lemah seperti mana tidak ada manfaat daripada pertubuhan yang lemah," kata Hishamuddin yang mengingatkan kembali pesanan Mahathir kepada semua ahli Umno.

No comments: