Wednesday 4 November 2015

TAKUT DEBAT - TONY PHUA DIGELAR 'PONDAN FROM OXFORD' KERANA MEMALUKAN DAP !!!


Joceline Tan dalam rencana bertajuk “Power play in Selangor DAP polls“, Joceline (foto) berkata sebagai politikus ‘superstar’ yang mendapat publisiti media hampir setiap hari, Pua sewajarnya mendapat undi yang lebih baik berbanding dengan calon-calon lain.


Namun, keputusan pemilihan itu menyaksikan Pua berada di kedudukan ke-8, jatuh dua tangga berbanding dengan kedudukan ke-6 pada pemilihan parti itu dua tahun lepas.

“Ia agak mengejutkan dan ia adalah berita yang tidak baik kepadanya memandangkan beliau adalah penyandang Pengerusi DAP negeri, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan salah seorang nama yang disebut-sebut untuk jawatan Setiausaha Agung DAP, apabila khidmat Lim Guan Eng telah tamat tempoh.

“Lebih-lebih lagi, mereka yang menyokong beliau telah hilang (kalah) atau berakhir di separuh bahagian bawah yang dipilih perwakilan.

“Sekutunya, Hannah Yeoh, Speaker Dewan Undangan Negeri, berada di kedudukan No 1 pada pemilihan tahun 2013 tetapi menurun kepada No 6 kali ini. 

“Seorang lagi sekutunya, Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming, hampir tidak berjaya, berada di kedudukan paling bawah (ke-15).”
  
Ean Yong, yang juga anggota exco kerajaan negeri, berada di kedudukan ke-3, manakala sekutunya, Liu yang digelar sebagai ‘kemunculan semula raja’ berada di tempat ke-4, walaupun dia telah digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum lepas

“Ia adalah jelas bahawa matlamat mereka (Ean Yong dan Liu) adalah untuk menunjukkan jalan keluar kepada Pua. 

“Pua yang mendapat 495 undi, berada 241 undi di belakang calon yang di tempat pertama, Gobind Singh Deo dan hanya mendapat 81 undi mengatasi Dr Ong, yang berada di tempat ke-15.”

Jelasnya, dalam sistem pemilihan DAP di peringkat negeri, perwakilan parti akan memilih ’15 orang’ Ahli Jawatankuasa (AJK) di mana mereka yang dipilih itu akan bertanggungjawab menentukan siapakah di kalangan mereka akan memegang jawatan-jawatan dalam parti. 

“Semasa mesyuarat tertutup untuk memilih pemegang jawatan, puak Ean Yong telah bersetuju Pua dikekalkan sebagai pengerusi negeri.

“Walau bagaimanapun, mereka cuba mengangkat Liu menjadi salah seorang daripada dua naib pengerusi, jawatan yang disandang oleh Yeoh dan Exco Kanan, Datuk Teng Chang Khim. Yeoh menang dengan mudah tetapi Teng menewaskan Liu dengan hanya satu undi.

“Kebanyakan jawatan untuk jawatankuasa utama juga diberikan kepada orang-orang yang memihak kepada kedua-dua panglima perang itu (Ean Yong dan Liu). Misalnya, Eddie Ng Tien Chee, ADUN Balakong yang digantung keahlian selepas gambar-gambar perjudian dia tersebar telah dilantik sebagai Setiausaha Organisasi.

ADUN Kuala Kubu Baru yang kontroversi pula telah dilantik sebagai pengarah pendidikan politik.

Joceline berpendapat Pua bukan lagi pemimpin pelapis DAP yang perlu diberi perhatian, sebaliknya calon penggantinya adalah Ean Yong.

“Ean Yong, yang mengambil jawatan setiausaha yang berkuasa ini adalah orang yang diberi perhatian. Ahli politik yang tinggi lampai dan buluh-nipis ini sesungguhnya telah dipandang ringan oleh pihak lawan. 

“Beliau sangat bercita-cita tinggi dan menyasarkan jawatan Exco kanan yang kini dipegang oleh Teng.

“Ketua sekutunya Liu, yang wartawan Cina panggil sebagai “bola langit” kerana bunyi nama Cinanya Tian Khiew, dikatakan merancang kemunculan semula yang lebih besar – pada pilihan raya umum akan datang.

“Kumpulan Ean Yong juga telah bersepakat memilih Exco V. Ganabatirau untuk memperolehi undi daripada kaum India.

“Calon-calon Melayu kalah kerana mereka hanya mendapat sokongan daripada kumpulan Pua sahaja.

“Wartawan yang membuat liputan pemilihan DAP itu secara bergurau berkata persaingan DAP di Selangor adalah di antara ‘kumpulan Oxford’ yang diketuai oleh Pua dan ‘kumpulan pasar malam’ yang diketuai oleh Ean Yong.”

‘Kumpulan Oxford’ merujuk kepada kumpulan Pua, kerana beliau mendapat pendidikan daripada Universiti Oxford. 

Kumpulan ini berusaha untuk meningkatkan imej DAP dengan melahirkan lebih ramai profesional dan golongan yang boleh berfikir. 

Walaupun kumpulan ini mempunyai kuasa otak tetapi mereka gagal menyentuh sentiman akar umbi DAP.

Kumpulan Ean Yong pula digelar sebagai ‘kumpulan pasar malam’, kerana tiada gelaran yang lebih sesuai untuk diberikan kepada mereka.

Mereka bukan terdiri daripada kalangan intelektual tetapi mereka mempunyai kaedah yang pintar dan berkemahiran menguruskan ahli-ahli bawahan. 

Walaupun mereka bukan pemikir tetapi mereka boleh berkomunikasi dengan bahasa orang ramai gunakan dan mereka tahu bagaimana untuk beryamseng (minum arak) dan karaoke.”

“Liu, misalnya, menjadikan acara menghadiri pengebumian sebagai satu titik kebangkitan. Dia tahu bahawa orang mati tidak boleh mengundi tetapi saudara-mara dan rakan-rakan mereka boleh mengundi.

“Akar umbi DAP dan penyokong tegar mereka sebahagian besarnya daripada kelas pekerja Cina. Mereka tidak cenderung dengan isu-isu yang berfikiran tinggi dan mereka lebih cenderung dengan ‘kumpulan pasar malam’ yang bercakap lengok bahasa kasar seperti mereka.”

No comments: