Wednesday, 11 November 2015

PESAWAT AIRASIA ALAMI KEMALANGAN KECIL.. TETAPI TIDAK DIDEDAHKAN.. ???


Pesawat AirAsia dilaporkan menghadapi insiden kemalangan kecil minggu lalu membabitkan gelongsoran kecemasan pesawat, dipercayai AK329, ketika dalam proses penyediaan pesawat untuk berlepas.


Menurut gambar dan laporan yang kami terima daripada pekerja di KLIA2, insiden tersebut membababitkan peralatan gelongsoran penyuraian kecemasan di bahagian belakang pesawat milik AirAsia yang aktif secara tiba-tiba.


Gelongsoran Kecemasan tersebut dikatakan aktif secara mengejut dan menghempap sebuah lori penyedia makanan yang berhampiran mengakibatkan cermin hadapan lori tersebut pecah.

Bagaimanapun insiden ini telah diselesaikan secara senyap oleh pekerja AirAsia yang menolak gelongsoran tersebut masuk semula ke dalam kapal terbang dan secara senyap memindahkan kapal terbang terbabit ke tempat parkir yang lain.


Menjawab isu mengapa satu kemalangan kecil di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) gagal dimaklumkan kepada pihak berkuasa lapangan terbang, Malaysia Airport Berhad (MAB) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia, sumber terbabit menyatakan “AirAsia did not report the accident, possibly because their crew forgot to disarm the service door which caused the emergency evacuation slide to open, damaging the truck and a small part of the airport.”

Kami juga tidak pasti jika pesawat terbabit telah digunakan atau dibawa untuk pemeriksaan semula oleh AirAsia.

Post a Comment