Wednesday, 11 November 2015

AWAS ! PENYEBAR KRISTIAN MENYAMAR MUSLIM PENGARUHI ORANG ISLAM UNTUK MURTAD !!!


GOMBAK, Rabu – Bukit Aman mendedahkan terdapat penyebar dakyah Kristian yang menyamar seperti orang Muslim untuk mempengaruhi umat Islam di negara ini mengikut agama itu.

Pendedahan itu dibuat oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial, Cawangan Khas Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Awaluddin Jadid, semalam.

Beliau turut mendedahkan sekarang ini banyak Tadika yang namanya kelihatan seperti Islam, tetapi secara realitinya bertujuan menyebarkan dakyah Kristian.

Berucap pada Seminar Pendedahan Ancaman Rencana Kristianisasi (SPARK) di Gombak, beliau berkata, tindakan menyembunyikan identiti mereka yang sebenar oleh penyebar dakyah Kristian menjadi satu ancaman utama kepada umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, cara mereka menjalankan gerakan itu ternyata memberi kekeliruan kepada umat Islam dengan watak penyamaran yang menyerupai seorang Muslim sejati.

“Banyak modus operandi yang mereka gunakan contohnya memberi makanan, bantuan khidmat bencana alam, bantuan mulakan perniagaan, kewangan, sukan dan pendidikan percuma.

“Sekarang pun banyak Tadika yang wujud adalah sumbangan daripada gereja untuk mereka sebarkan dakyah Kristian kepada kanak-kanak.

“Ia menjadi kebimbangan kepada kita sebab nama Tadika nampak Islam tapi realitinya tidak,” katanya.

Mengulas lanjut Awaluddin berkata, dianggarkan antara 300 sehingga 500 individu yang murtad masih aktif di negara ini.

“Apa yang paling membimbangkan ialah identiti mereka yang mengamalkan cara hidup liberal yang boleh mengelirukan kita,” katanya.

Beliau turut menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk sama- sama merangka satu tindakan susulan bagi menghalang gerakan Kristianisasi di negara ini.

“Kebanyakan NGO gemar adakan demonstrasi atau bantahan bagi menentang sesuatu, tetapi tindakan itu tidak beri penyelesaian masalah.


“Lebih baik NGO berbincang dan berfikir apa tindakan susulan yang boleh menghalang masalah ini daripada terus serius,” katanya.

SUMBER

Post a Comment